Thursday, January 14, 2010

Setuju Dengan Tulang Besi

Perumpamaan yang diberikan oleh blogger Tulang Besi di dalam blognya mengenai sikap ahli PAS yang seolah-olah menganggap ulama' itu maksum, tidak boleh ditegur dan sebagainya amat menjadi. Walaupun perumpamaan yang diberikan oleh beliau agak kurang manis didengari, tapi itulah yang sesuai. Saya setuju sangat. Dan apabila saya membaca posting beliau mengenai itu, saya teringatkan ayat al-Qur'an dari surah at-Taubah ayat 31 (terjemahan) :


"Mereka menjadikan rahib-rahib mereka, paderi-paderi mereka sebagai tuhan selain daripada Allah,"


(ayat ini ditujukan kepada golongan Kristian dan Yahudi yang mematuhi secara membabi buta hukum-hukum dan pendapat yang dikeluarkan oleh "ulamak-ulamak" mereka)


Dan di sini saya ambil sedikit isi yang ditulis oleh blogger Tulang Besi (Rahman Talib) :


Dalam PAS pun ada jugak unsur-unsur Kristian ni. Dalam ugama Kristian, paderi-paderi mereka dianggap sebagai “maksum” dan oleh sebab itu mereka boleh mengampunkan dosa. Paderi-paderi Krisitan dianggap mendapat “ilham” dari Allah dan mereka bebas mentafsir dan berkata berkenaan dengan agama tanpa boleh disoal oleh pengikut-pengikut mereka.

Dalam PAS, takda la sampai macam tu, tapi iras-iras tu ada. Ulama-ulama dalam PAS tidak boleh ditegur dan dibetulkan. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ulama-ulama dalam PAS (misalnya dalam isu Muzakarah dan Kerajaang Perpaduang) terus akan di cop dan di label sebagai tidak wala’ pada ulama dan menentang ulama.

Sedih sekali bila ahli-ahli PAS menjadikan ulama-ulama PAS seperti paderi-paderi Kristian. Sepatutnya kita MENIMBA ILMU dari para ulama, bukan menjadikan mereka bertaraf MAKSUM dan SUCI dari SILAP DAN DOSA. Kita berbeza pendapat dengan para ulama adalah satu “rahmat”. Ia membantu para ulama untuk mencapai “ijtihad” yang lebih tepat dan jitu sekaligus menyelamatkan imej Islam itu sendiri.



Fikir-fikirkanlah dan muhasabahlah wahai orang-orang PAS!

4 comments:

mountdweller said...

Salam

Betul. Fikiran kita ada persamaan. Kita bukannya bermaksud nak hentam siapa-siapa, cuma mahukan kesedaran.

Admin said...

Wsalam.


Ya betul2.

Anonymous said...

Setuju gak tapi bukan setakat dalam PAS tetapi memang budaya kat malaysia nie.. cuba tengok dalam mana-mana organisasi pun telalu maksum kat ketua mereka.. kat umno pun sama cuba fikir berapa banyak ketua mereka buat salah ada sesapa yang menghentam..Aku percaya penulis juga if ketua buat salah pun senyap je if nak cakap pun kat belakang..

My 2cents..

Admin said...

Hahaha...