Monday, January 18, 2010

Ulamak Cari Makan Mula Bersuara


Dr. Uthman el-Muhammady mengemukakan beberapa hujjah mengapa kaum Kristian tak boleh menggunakan kalimah Allah, antaranya ialah :


i. Takrif Allah ialah sebagaimana yang ada dalam Surah al-Ikhlas, Ia Tunggal, Tempat Tuju Terakhir sekalian makhluk bagi mendapat hajat mereka, Kekal Abadi, Sempurna, tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, serta tidak ada yang seperti-Nya. Kalau nama itu digunakan bagi Tuhan Jesus, atau Bapa Di Langit yang mereka meminta roti setiap hari daripada-Nya, atau triniti, itu tidak benar.


ii. Kalau Muslimin membenarkan pihak yang menyembah salib, atau Jesus atas kayu palang menyeru itu semua sebagai ‘Allah’, atau pihak yang menyembah patung Ganesh menyerunya dengan nama Allah, maka itu seperti Muslimin membenarkan pihak lain itu ‘memaki Allah’. Ini timbul daripada ayat bermaksud: “janganlah kamu memaki apa yang mereka sembah selain daripada Allah, lalu mereka memaki Allah dalam permusuhan dan dalam ketiadaan ilmu” ; ertinya kita membenarkan mereka menyeru nama ‘Allah’ kepada objek yang bukan Allah.


iii. Kita wajib menjaga takdisnya nama Tuhan sedaya upaya kita. Ulama menyatakan bahawa kita wajib menjaga kesucian rahim wanita dengan memastikan ‘tiga kali suci’ atau ‘tiga kali haid’ baru rahim dikira suci, dan perkahwinan baru boleh diakadkan; maka kata ulama kalau dalam menjaga kesucian rahim dimestikan tiga kali suci, walhal kalau sekalipun sudah cukup, alangkah lebih beratnya pula hukum menjaga kesucian nama Tuhan supaya ia sunyi daripada apa-apa yang tidak patut baginya seperti memanggil nama Allah walhal yang dituju adalah ‘Tuhan Jesus’ atau ‘Bapa Di Langit…’


iv. Kita bukan berada dalam budaya yang nama ‘Allah’ digunakan oleh mereka yang beragama lain, maka kalau kita membenarkan penggunaan itu, ia akan mengelirukan orang beriman yang ramai terdiri daripada orang awam. Itu akan menimbulkan kekacauan rohani dan membinasakan agama dan manusia dari segi hidup rohani mereka. Kita wajib mengelak diri daripada perkara demikian.



v. Dalam
Oxford English Dictionary yang terbesar itu dinyatakan bahawa Allah adalah tuhan bagi orang Islam. Demikian juga dalam Encyclopedia Brittannica dan Encyclopedia of Religion and Ethics suntingan Hastings. Jadi mengapa pula nama jalalah ini hendak digunakan oleh mereka, dan dalam majalah versi bahasa Melayunya pula? Adakah mereka akan menggunakan nama ini dalam Bible mereka semua dalam semua bahasa dunia?


vi. Mengenai kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia yang wajib diterima semua pihak, dan agama ialah urusan Yang di-Pertuan Agong dan dalam negeri-negeri urusan Sultan, dan fatwa kebangsaan sudah menentukan bahawa ismu jalalah atau nama Allah itu adalah untuk agama Islam. Maka dalam konteks ketaatan kepada perlembagaan tidak ada sesiapa yang patut mempersoalkan kedudukan agama Islam dan perkara yang berkaitan dengan pengamalannya. Dengan itu penggunaannya yang tidak wajar, hendaklah dilarang.


vii. Kepercayaan lain boleh diamalkan dengan ‘aman dan damai’ dan mempersoalkan penggunaan Allah khusus bagi orang Islam dan agama Islam bukanlah perbuatan mengamalkan kepercayaan lain dengan ‘aman dan damai’ sebab ia menimbulkan keresahan sebagaimana yang jelas dalam laporan media. Dengan itu penggunaan nama Allah oleh pihak lain yang mengandungi niat tidak wajar hendaklah dilarang.


Nota :


Hmm... hujjah dan contoh yang baik. Tapi alangkah bagusnya jika hujjah-hujjah yang kukuh seperti itu turut digunakan untuk menegur pemimpin negara yang meninggalkan ajaran Islam
dalam pemerintahan, mengamalkan penindasan kepada rakyat, menghalalkan arak dan judi menjadi sebahagian hasil pendapatan negara, kronisme, dan lain-lain.


Mengapa sekarang baru bersuara? Kemana menghilang suaranya selama ini? Ulamak-ulamak sebeginilah yang hanya akan bersuara apabila diminta, ataupun untuk menyelamatkan pemerintah. UMNO bersungguh-sungguh menentang isu penggunaan kalimah Allah dikalangan Kristian, dan tiba-tiba ulamak ini tampil untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan UMNO..


Ulamak spesis inilah yang digelar syaitan bisu. Mereka nampak berbagai perkara yang tidak betul di dalam negara, tapi mulut mereka sengaja dikunci kerana apabila mereka bersuara, segala nikmat dan imbuhan yang diperoleh pasti akan hilang.



Sebahagian daripada rupa syaitan-syaitan bisu yang hanya bersuara apabila menguntungkan pemerintah



Di mana mereka di saat jumlah anak luar nikah di negara ini mencecah puluhan ribu dan majoritinya membabitkan anak Melayu Islam? Di manakah mereka apabila Najib meluluskan 10 lesen judi? Di manakah mereka di saat Menteri Wilayah Persekutuan meluluskan rayuan memperbaharui 5 lesen kelab malam? Mana mereka semua?


Kenapa hanya tahu mengeluarkan suara apabila ia membabitkan perkara-perkara politik?

2 comments:

onn said...

Ramai sangat begini. Tindakan yg tidak konsisten. Berpilih-pilih utk ambil tindakan. Rompak dan rasuah harta rakyat tiada seekor ulamak UMNO bersuara begitu juga NGO-NGO yg sewaktu dgnnya.

Admin said...

Itulah ulama su'. Ulamak yang kejar dunia.