Oleh: Ibn Ali
Baik, untuk tidak menghampakan sahabat baik saya yang beri peluang saya supaya menulis di Reformis Jalanan maka izinkan saya mencoret secoret coretan di tengah petang.
Seorang melabel saya entah apa-apa kerana saya pakai jeans. Jeans, berwarna biru.
Dua orang lagi marah saya entah apa-apa kerana mengkritik kumpulan Islam mereka. Dah gila sangat demokrasi, orang kritik terimalah dengan hati yang terbuka. Kalau tak, padanlah dengan muka.
Baik, kembali ke isu asal. Tie n jeans. Tie adalah tali leher. Jeans adalah, seluar.
Orait, apa masalahnya di sini?
Perhatikan, mereka mengkritik saya sebab saya pakai jeans. Tetapi terlupa mengkritik diri sendiri atau orang lain yang pakai tie. Eh, tie itu adalah warisan penjajahan. Tie lah yang lebih menyerupai orang kafir. Jeans? Kepala hotak hangpa. Jeans itu kan orang Islam di Amerika macedonia pakai juga? Jeans itu, seluar. Jeans itu perlu ada untuk tutup alat kemaluan dan anggota-anggota bukan kemaluan tetapi bersifat aurat.
Attention, saya bukan galakkan pakai jeans dan suruh orang perempuan pakai jeans. Perempuan, pakailah jubah. Saya lelaki lah. Eh, bekas Mufti Selangor Sahibus Samahah Allahyarham Ishak Baharom pun kata ok sahaja pakai seluar Jeans tetapi biarlah bersopan. Nah, saya tak tindik pun telinga, hidung, pusat saya. Satu lagi, saya tak merokok. Apa tak sopan lagi? Saya gandingkan kopiah putih dan jeans? Salah lagi? B*&^%!!
Tie, tidak ada kena mengena dengan kita. Tie sesuai di kawasan benua Amerika Utara Selatan, Brazil, Mexico, Papuas, New Guinea, Britain. Di Malaysia khatulistiwa? Bodoh. Tak sesuailah. Saya baca lagi, SM Idris Presiden CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) pun ada mengherdik sistem pemakaian kita yang tidak berapa betul. Eh, ini iklim khatulistiwa lah. Apa kena mengena budaya mereka dengan budaya kita. Nonsense. Lt's of fool. Langsung tidak ada kaitan.
Seharusnya, yang harus ditentang adalah tie itu. Jeans adalah sebahagian dari pakaian. Tie adalah keformalan? Keformalan kepala tengkorak hang. Sekarang, siapa yang menyerupai siapa?
3 comments:
setuju ngan ko. Apa ke jadah budak sekolah pakai tie?. Sesuai sgt la tu....cuaca dahlah panas. pasal? tak pakai tie tak kemas ker...
ya lah. pelik kan? perasan tak kat Iran, pemimpin-pemimpinnya memang pakai baju kot tapi tak pernah pakai tie.
Haha, musnahkan tie! Die for tie!
Post a Comment