Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran pada peniaga agar tidak menaikkan harga makanan dan minuman sewenang-wenangnya ekoran kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, kelmarin.
Timbalan Menterinya, Tan Lian Hoe berkata, kementerian memandang serius amaran tersebut dan berharap semua peniaga mematuhinya.
“Kita akui, pasti ada peniaga yang akan mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman di premis masing-masing. Itu kita tidak boleh elak. Namun, kementerian akan tetap membuat pemantauan dari masa ke semasa ke atas para peniaga ini.
Ini kenyataan bodoh. Kalau harga bahan mentah naik, sudah tentu akan terjadi perubahan harga pada barangan siap. Gula naik harga, secara automatik kos pembuatan makanan dan bahan yang mengandungi gula akan turut meningkat. Harga minuman akan naik, kueh akan naik, dan makanan yang berkaitan akan naik. Sama seperti perbandingan jika paras air laut meningkat, sudah tentu kedudukan kapal akan menaik. Kalau paras air tinggi, tapi kapal tak naik, alamatnya tenggelam ghaiblah kapal itu. Kalau tak mahu peniaga-peniaga kecil mengambil kesempatan, yang gatal-gatal pergi naikkan harga tu sapa suruh? Usah berlagak jadi hero la kalau setakat dengan peniaga-peniaga kecil yang turut terhimpit.
Kerajaan terpaksa menambah peruntukan subsidi gula sebanyak RM260 juta setahun jika harga gula di pasaran kekal pada harga RM1.45 sekilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Ismail Sabri Yaakob.
Katanya walaupun berlaku kenaikan bahan itu sebanyak 20 sen setiap sekilogram kerajaan masih memberikan subsidi berjumlah RM1.2 bilion seperti subsidi tahun lepas.
Beliau berkata rakyat seharusnya memahami masalah kenaikan harga bahan itu dan bukannya kerajaan bertujuan menghapuskan subsidi atau membebankan rakyat.
Oooo...berkira pula kalau nak belanja rakyat RM 260 juta. Tapi tak rasa rugi dan bersalah pula songlap duit rakyat berbilion-bilion. Bagi komisen kapal selam RM 540 juta tak apa. Beli jet buruk pun tak apa. Beli eurocopter tak jadi masalah. Tapi akan jadi masalah kalau peruntukan beratus juta digunakan untuk rakyat. Yang bodoh sangat pergi beli semua itu buat apa?
Najib Razak, hari ini mengajak rakyat Malaysia sama-sama berfikir apakah perlu kerajaan terus memberikan subsidi harga gula, satu bahan makanan yang ternyata boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM1 bilion setiap tahun untuk subsidi harga gula, sedangkan bilangan pesakit kencing manis di negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia.
"Apa yang patut dilakukan kita perlu mengubah cita rasa kita supaya kita kurangkan gula, saya sendiri tak guna gula kalau minum teh. Maknanya kita boleh ubah cita rasa kita, tak perlu gula terlalu banyak.
Abih suami kau punya citarasa apa macam? Dia sanggup berubah ke dari shopping beratus-ratus juta kepada duduk di rumah saja? Kenapa kau nak samakan citarasa kau tak guna gula dengan orang lain? Yang menjadi masalahnya jika gula itu diambil secara berlebihan. Kalau kau takut sangat rakyat Malaysia ada penyakit dan mudarat, kenapa tak hadkan jumlah kereta yang berlambak di negara ini? Kenapa tak turut naikkan sama harga minyak masak dan lain-lain barang yang mengandungi kolesterol?? WTF?? Kalau takut rakyat Malaysia terkena mudarat, kenapa swastakan hospital? Sebenarnya kau nak cover kekurangan duit negara kan yang selalu digunakan untuk kepentingan diri dan kroni.
Meskipun kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram baru-baru ini, ia masih terendah berbanding negara-negara ASEAN lain.
Berbanding gula di Malaysia yang kini berharga RM1.65 sekilogram, bahan itu dijual dengan harga RM2.25 sekilogram di Thailand dan Indonesia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sehubungan itu, adalah tidak wajar peniaga di negara ini mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan dan minuman selepas kenaikan harga gula di pasaran.
Kenapa nak bandingkan dengan negara lain. Rakyat mereka beli gula kat sini ke? Ini sama macam kenyataan PM yang bengong dahulu berkenaan harga minyak. Malaysia mempunyai peruntukan yang lebih dari cukup untuk menampung keperluan rakyat. Tapi duit rakyat digunakan sewenang-wenangnya untuk dimasukkan ke dalam kantung sendiri. Kenapa tak bandingkan kos hidup yang rendah di Indonesia? Kenapa tak bandingkan harga beras siam yang jauh lebih murah berbanding Malaysia? Jangan ingat kau boleh bodohkan semua orang Najib! Setakat nak bodohkan Melayu kampong bolehla!
2 comments:
dah cakap dah.. menteri-menteri ni bangang. ada ijazah.. tapi baghal ngalahkan keldai.
Yang lagi bangang tu org yg bagi undi/kuasa kat depa.
Post a Comment