Monday, January 18, 2010

Jangan Biarkan Perhatian Kita Mengenai Perkara Ini Dialihkan!


Nak berdebat/berbalah dan bergaduh mengenai kalimah Allah boleh atau tak digunakan oleh orang Kristian, bergaduhlah puas-puas. Semua pakat keluarkan idea atau hujjah masing-masing. Tapi ingat, debat-debat jugak, gaduh pun gaduh jugak tapi jangan sampaikan kita semua dibodohkan dan dilalaikan oleh isu-isu semasa yang penting.


Jangan lalai dan lupa dengan kenaikan harga barang, jangan lupa dengan penyelewengan Mahathir RM 100 billion, jangan lupa dengan misteri kehilangan enjit pesawat, jangan lupa dengan penderitaan pelajar-pelajar kolej dan universiti ekoran kerajaan UMNO/BN laknatullah yang mengurangkan peruntukan pinjaman bagi mereka. Tolong Jangan Lupa! Dan isu yang terbaru, bersiap sedia semua dengan harga minyak masak yang bakal dinaikkan. Bila harga bahan mentah naik, harga barangan siap akan turut sama menaik dan tidak akan turun-turun.


Baca berita di bawah ini :

KUALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkemungkinan akan menurunkan atau memansuhkan subsidi minyak masak selepas perbincangan kementerian itu bersama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sejak akhir tahun lalu.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan sedang menyemak kadar subsidi minyak masak yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM1 bilion setahun.

"Kita sudah memulakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengenai subsidi minyak masak ini sejak akhir tahun lalu," katanya yang enggan mengulas sama ada subsidi minyak masak akan mengalami perubahan.

Harga minyak masak bergantung kepada harga komoditi itu di pasaran antarabangsa yang mencatatkan purata RM2,500 satu tan berbanding RM2,800 satu tan tahun lalu tetapi tahun ini, penganalisis pasaran meramalkan peningkatan sehingga RM2,600 satu tan.

Terdahulu, pemansuhan subsidi roti dan gula mengakibatkan harga barangan keperluan itu melambung selain sesetengah barang yang berkaitan turut sama meningkat.

0 comments: