Tuesday, January 26, 2010
Aduka Taruna...
Sebenarnya saya tak tahu nak ulas macam mana mengenai isu ini. Ia berlaku terlalu pantas, di saat isu kalimah Allah hangat diperdebatkan dan juga tindakan Zulkifli Noordin yang membuat laporan polis. Semua ini telah menenggelamkan perkara yang lebih penting iaitu skandal PKFZ, harga gula, enjit jet, dan lain-lain (tolong jangan lupa semua itu).
Bagi yang tidak faham dan hanya tahu membaca dari segi luaran, pasti tidak bersetuju dengan tulisan Aduka Taruna yang dianggap "biadap". Saya macam itulah dahulu. Sangat marah dengan Aduka Taruna yang agak biadap dengan beberapa pimpinan PAS, beberapa bulan dahulu. Tapi apabila diamati tulisannya dengan baik-baik, ia mengandungi mesej-mesej yang tersirat, Aduka Taruna ini sebenarnya kaya dengan idea-idea dan pendapat yang bernas, jarang terdapat pada orang lain.
Tulisan Aduka Taruna mula menjadi "biadap" semenjak berakhirnya Muktamar PAS ke-55, ekoran tindakan beberapa pemimpin PAS yang bengong. Tapi walaupun begitu, tulisannya mempunyai mesej yang tersendiri. Daripada benci, saya mula mengikuti tulisannya dan minat saya semakin bertambah. Ada benarnya dengan beberapa tulisannya yang dianggap kontroversi seperti Peperangan Jamal & Siffin, 4 mazhab - cuma ditulis dengan tulisan yang lain daripada yang lain, yang rata-rata orang Melayu sukar menerimanya.
Melalui tulisannya, ternyata dia seorang penyokong (bukan ahli) PAS yang tegar dan teringin melihat negara ini ditadbir dengan nilai-nilai Islam. Tapi beliau melihat ada beberapa kecacatan dan kelompangan yang serius yang menjangkiti PAS, menyebabkan tertubuhnya PAS Reform (bersama beberapa rakan blogger) dan idea Projek Langgar Hadi di Rusila, Terengganu.
Sekarang, Aduka Taruna melalui detik-detik yang sukar. Saya walaupun tidak mengenalinya dan tidak pernah berhadapan dengannya, tapi sebagai rakan blogger saya memberi sokongan moral kepadanya. Bagi saya, Aduka Taruna hanya membuat sedikit kesilapan teknikal pada tulisannya. Tulisannya yang kontroversi itu dia tak nyatakan pun ditujukan kepada siapa. Adakah tulisan tersebut menghina? Bukankah mayat seorang Muslim tidak elok dibiarkan lama-lama? Kenapa tidak membacanya secara tersirat? Tapi itulah, last-last dia keluarkan kenyataan memohon maaf.
Saya pun malas nak ulas berkenaan soal institusi beraja ini. Rasa-rasanya bagi sesiapa yang rajin membaca tulisan saya, tahu apa pendirian dan pendapat saya mengenai depa ini. Satu lagi, ada pihak yang bodoh daripada PAS pergi menyiarkan gambar seorang lelaki yang kononnya Aduka Taruna. Saya lihat sangat berbeza, dan yakin gambar tersebut bukan Aduka Taruna. Lain dari apa yang saya lihat walaupun gambar AT dari belakang. Dan juga ada dikalangan mereka baru timbulkan isu posting Aduka yang lalu, berkenaan dengan 4 mazhab dan juga Aisyah dan Muawiyah. Sepatutnya mereka bangkitkan isu tersebut sejak dahulu. Kenapa sekarang?
Kebanyakan pembenci-pembenci Aduka Taruna ini adalah orang/blogger PAS yang "sayang" sangat dengan jemaah. Terlalu sayang sehinggakan rela diri menjadi lembu dicucuk hidung. Lebih-lebih lagi yang dari Terengganu itu. Apa-apapun, berita terbaru yang diterima mengatakan Aduka Taruna tidak akan didakwa memandangkan beliau sudah membuat permohonan maaf. Rais Yatim yang kata kot.
Kita sama-sama berdoa dan berharap supaya urusan Aduka Taruna dan pihak polis berjalan lancar dan tidak mempunyai masalah, kemudian selesai kesemuanya. Back to normal.
Categories :
Aduka Taruna
6 comments:
Pada pendapat saya, hukuman adalah jalan terbaik untuk memberi kesedaran kepada pelaku salah, kalau di USA contohnya, hukuman mati sukar untuk dijatuhkan terhadap seseorang ini meyebabkan kadar peratusan pembunuhan disana meningkat saban tahun justeru hukuman adalah jalan terbaik untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.
Pada aku, senang sahaja!
Kita pakai hukum fekah...
"Matlamat tidak menghalalkan cara!"
abis cerita...
Man
Ulasan yang baik :)
Firman Allah yang bermaksud, "...seranglah mereka sepertimana mereka menyerang kamu..." (2:194)
Berkata Abu Hurairah r.a, "...Nabi Muhammad s.a.w menganggap peperangan itu suatu muslihat..."(Bukhari:2803)
Kalau nak dipakai hukum fekah, nak berpijak atas nak yang qat'i atau qawa'id sahaja...
Mana lagi mudah? hehehe
bukan nak...tapi nas...silap eja.
amar,
ya. saya setuju yang hukuman adalah jalan terbaik untuk menyedarkan pesalah.
Anonymous,
bagi saya, ungkapan/kaedah tersebut sudah lapuk.
ali,
xie xie ^.^"
zainulfaqar,
statement yg menarik.
Post a Comment