Sekarang ini di alam maya sudah tercetus pertempuran diantara blogger-blogger. Aduka Taruna dengan Songkok Putih (webmaster TKO), dan Tulang Besi dengan Songkok Putih dan Batu Api (penulis artikel di TKO). Si Aduka sudah beberapa kali mendaftar di TKO tapi tidak pernah berjaya. Aduka Taruna memang dikenali sebagai pencetus idea Projek Langgar Hadi 2010 dan amat menentang idea Kerajaang Perpaduang, begitu juga dengan Tulang Besi (Rahman Talib).
Aduka Taruna (AT) mahu mengimplementasikan ideanya ke dalam TKO supaya difahami oleh orang-orang Terengganu (penyokong Hadi khususnya). Hadi dikategorikan oleh Aduka Taruna (dan kebanyakan blogger pro-PR sendiri, termasuk saya) sebagai pemimpin yang lembab yang gagal mengetuai parti dengan baik. Sekarang AT mendakwa webmaster TKO menyekat haknya untuk berdaftar di TKO (TranungKite Online).
Manakala Batu Api menuduh Tulang Besi (yang anti kerajaang perpaduang) memusuhi Hassan Ali kerana Hassan Ali tidak memenuhi permintaan Tulang Besi (saya sudah lupa permintaan apakah itu). Tulang Besi pula mendakwa Batu Api dan Songkok Putih adalah orang yang sama, memfitnah Tulang Besi.
Apa yang hendak dinyatakan di sini, punca pertembungan-pertembungan tersebut adalah berkenaan penyokong dan anti kepada Geng Terengganu. Tranung Kite Online (TKO), adakah sudah terdesak gara-gara mahu melindungi kelemahan pemimpin PAS Terengganu sehinggakan sanggup mensabotaj ID Aduka Taruna dan menyerang Tulang Besi? TKO merupakan website yang diuruskan oleh Pemuda PAS Kawasan Dungun. Mereka-mereka ini tidak tahukah hormati perbedaan pendapat? Serta tidak mengakui kelemahan pimpinan sendiri. Saya sendiri orang Terengganu tapi saya melihat banyak kepincangan yang berlaku di dalam PAS Terengganu.
Apa yang mereka tahu, "ulamak" tidak boleh disentuh. Tok guru harus dipertahankan. Biarpun parti bakal lingkup. Di sini saya sertakan kesan-kesan pemerintahan yang gagal, sumber di sini.
Corak kepimpinan Hadi menyebabkan setiap kabilah bukan sahaja pecah di antara kabilah, tetapi sesama kabilah turut pecah.
- Hadi ditentang oleh majority blogger PAS sendiri.
- Hadi ditentang oleh cendekiawan negara. Dari Prof kangkong, sampai Prof yang PAS sendiri puja pandangannya.
- Hadi melahirkan kabilah tradisional vs kabilah Endorgan.
- Hadi punca perpecahan tajuk UG.
- Hadi ditakdirkan Allah punca Barisan Alternatif pecah.
Berkenaan dengan website TKO, sudah lama saya tidak jenguk. Dengan TKO, sama seperti saya lihat akhbar Harakah dan Siasah. Saya sudah lama tidak sentuh Harakah dan Siasah. Melihat dua akhbar tersebut, tidak ada beda dengan akhbar Utusan, Berita Harian, dan Harian Metro. Yang ditonjolkan ialah "kemaksuman pemimpin", kelemahan diri ditutup, hentam parti lawan tapi perangai sendiri serupa dengan perangai parti lawan.
Saya berkeyakinan bahawa ada "tangan ghaib" yang mengawal pengurusan parti dan akhbar Harakah. Sama seperti "tangan ghaib" yang uruskan parti sehinggakan PAS kalah teruk, terutamanya di Terengganu. Sumber berita di dalam Harakahpun saya sendiri ragui.
p/s : Mana dia laporan siasatan terhadap Hassan Ali??????????????????????????????????
2 comments:
Gua sokong lu. Geng UG memang bangang!
Teruskan menulis bro..
jangan bercakap kalau hanya tahu di peringkat dasar aje, kepimpinan hadi begitu begini, mereka bukan kata ulamak tidak boleh disentuh, macam kau mendalami tulisan aduka tarukna yang kau agungkan itu, ulamak mempunyai pemikiran sendiri dengan daya ilmu yang dianugerahkan oleh allah, kita menulis dengan ilmu yang cetek, berapa ribu hadith telah dihuraikan, berapa banyak tafsir kita dalami, jangan jadi mcm ustaz one G, mengutuk mencaci orang bukan main best lagi, pemimpin pas pakai keta besar tak menghiraukan rakyat, dia sendiri pakai kereta apa? bukan kereta mewah, dalam blog bukan main berlagak alim, aku hidup untuk belajar, setiap masa ada kuliah, tulang besi tulis konon pas tidak boleh ditegur, jangan buat lupa, TB besi mintak habuan dunia, pangkat ceo, bila tak dapat melalak meraung merapu menfitnah dalam blog, ini ke perangai pemimpin pas reform, kata berjuang untuk rakyat? TB kata zaman umar dulu ada yang nak menegur khalifah pakai pedang, kita tahu ke siapa yng nak menegurnya itu, ilmu dia mcmana, beribu hadith dihafal, alquran khatam setiap hari, inilah orang yang menegurnya, ilmu alquran dan alhadith penuh didada, tiada rasa dendam dan irihati sesama jemaah, orang yang tidak tinggal sembahyang berjemaah, inilah gologan penegur zaman khalifah, bukan tak boleh menegur tapi kenapa menegur dengan cara yang salah, kau orang mesti banyak alasan yang akan dibagikan dan akan menjawab kita lain-lain pendapat dan kita punyai cara tersendiri, dimana akhlak berjemaah,
Post a Comment