Oleh : Admin
Kalau betullah seperti apa yang didakwa bahawa DUN Perak bakal dibubarkan dalam masa yang terdekat, adakah Pakatan Rakyat masih mempunyai peluang untuk menawan kembali negeri Perak? Petanda-petanda bahawa DUN Perak akan dibubarkan memang ada. Tapi peluang PAS, PKR, dan DAP cerah ke?
Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh hampir setahun sejak krisis di negeri Perak. Adakah dapat dijamin bahawa rakyat masih lagi memberi undi kepada Pakatan Rakyat sama seperti keputusan mereka pada PRU-12? Nizar sendiri mengaku bahawa sokongan daripada orang Melayu merosot (lihat Malaysian Insider). Lagipun, parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat banyak membuat hal yang bakal menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada mereka (terutamanya PAS). Di Bukit Gantang contohnya, peratusan undi dari orang Melayu merosot.
Itu tidak ditambah lagi dengan menghadapi kemungkinan taktik permainan kotor UMNO/BN yang menggunakan SPR dan Polis untuk memenangkan mereka. Pihak Pakatan Rakyat harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jangan bercakaran sesama sendiri. Berebut kerusi, wakil dari parti mana yang akan jadi MB kalau menang, dan lain-lain lagilah. Oleh itu, jentera-jentera PR mesti mula bertindak dari sekarang.
0 comments:
Post a Comment