Thursday, January 7, 2010

Kisah Khalid Samad Dengan Hassan Ali Pula


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad akan menghadap jawatankuasa disiplin PAS bagi memberikan keterangan lisan berhubung dakwaan dikenakan Dewan Harian PAS Selangor terhadap beliau, petang ini.

Seorang lagi pemimpin PAS dari Selangor Datuk Dr Hasan Ali pula akan berbuat demikian pada pagi Sabtu ini.

Khalid akan hadir di ibu pejabat PAS di ibu negara pada pukul 3 petang manakala Hasan pula sekitar 9 pagi Sabtu ini - The Malaysian Insider


Nota :


Khalid Samad dan Hassan Ali, kedua-dua tokoh PAS Selangor ini sama-sama menciptakan kontroversi sama ada boleh mendatangkan keuntungan kepada parti/pakatan atau sebaliknya. Kedua-dua mereka ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Jika sebelum PRU-12 dulu, saya melihat Hassan Ali tak ubah seperti wira pembangkang di Selangor. Manakala pada waktu itu saya belum lagi kenal Khalid Samad.


Tapi Hassan Ali mula berubah sejak bergelar wakil rakyat dan memegang jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor. Perubahan demi perubahan yang dia janjikan sebelum PRU hanya dibuat sekerat jalan. Tak lama kemudian dia berpusing 360 darjah dan menjadi liabiliti kepada PAS. Dan sekarang, dia dilihat sebagai orang UMNO yang memegang kad keahlian PAS. Oleh kerana orang macam Hassan Ali inilah musnahnya harapan bagi mereka yang mahu melihat Malaysia menjadi lebih baik tanpa UMNO. Hasan Ali adalah diantara salah satu faktor yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.


Khalid Samad pula dilihat sebagai seorang pro-Pakatan Rakyat dan menentang sebarang kerjasama antara PAS-UMNO. Tapi sekarang imej Khalid Samad agak tercemar dikalangan segelintir orang PAS Selangor. Beliau dianggap pro-Hindu (isu kuil) dan Kristian (isu nama Allah), terlalu menonjol dalam hal ini sehingga seolah-olah beliau hanya berjuang untuk perkara itu. Beliau juga dikatakan tak pernah hadir usrah di dalam kawasannya sendiri. Petang ini mungkin akan terjadi sesuatu kepada Khalid.


Hassan Ali pula pada hari lusa. Saya berkeyakinan bahawa pasti Khalid Samad yang akan menerima kesan yang lebih besar berbanding Hassan Ali. Hassan Ali itu seolah-olah "kebal". Sekarang ini PAS pun bukan boleh percaya sangat, lebih-lebih lagi terhadap puak-puak kopiah/serban dalam tu. Tapi kalau antara kedua-dua makhluk di atas ini, saya menyebelahi Khalid Samad dan saya yakin perbuatan dan tindakan beliau selama ini adalah betul.


p/s : Isu bai'ah taklik, Hassan Ali yang dedahkan kepada semua. Diakui pula oleh Khalid Samad (terlepas cakap). Isu kalimah Allah pula, Khalid menyokong, Hassan Ali menentang. Seolah-olah kedua-dua orang ini sama-sama mahu publisiti dengan kenyataan-kenyataan yang sering bertentangan.

0 comments: