Saturday, January 23, 2010

Cerpen Radikal : Elohim, Elohim...


Elohim, Elohim kata Protestan.


Mereka tidak mahu kepada kamu lagi Elohim. Elohim, Elohim mereka sudah jelak dengan kamu. Aku pun tidak faham mengapa mereka tergiur sangat dengan the world’s fastest – growing religion?


Elohim, Elohim. Saat ini aku sebagai paderi Lutheran memohon ampun. Moga, Kau ampunkan aku Elohim. (Azan Maghrib berkumandang.)


Cis, celaka orang kulit sawo matang. Mentang-mentang ini negara kamu, kamu boleh buat apa-apa sahaja yang kamu (Ptuih! Sambil meludah sebelah kiri) suka? Elohim, lihatlah mereka mengatakan hampir saban waktu asy, asyhadu an la ilaha illallah. Wa wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. (Bunyi guruh, bergegar.)


Ah maafkan. Ampunkan aku Elohim. Aku belum murtad lagi dari agama kamu. Aku tetap pengikut Jesus, Yesus, Eso yang setia. Aku tidak sengaja mengucap, Elohim. Kau tak marahkan aku kan, Elohim? (Tidak lagi kdengaran azan mahupun guruh.)


Ya, kau maafkan aku. (Terus buat kesimpulan sendiri dan letak Bible berbahasa Melayu bernama Alkitab atas tilam yang ada lukisan bunga berwarna merah.) Elohim, Elohim aku tak pernah redha pada paderi Pope Katolik yang jual indulgences sesuka hati. Ingat sorga neraka, mak bapak depa yang punya?


Elohim, Elohim aku tidak akan pergi Vatican city. Sumpah aku tak akan pergi biarpun setelah mati. Pope Benedict penipu besar. Sekejap kata begitu, sekejap kata begini.


Pengikut mereka ya Elohim, di Malaysia tercinta tempat lahir aku gila bangat. Herald gila itu nak guna nama Allah. Sebenarnya dalam Alkitab mereka dah guna pun. Gila mereka ni. Memperakukan kebenaran risalah orang ‘Arab bernama Muhammad itu. Elohim, Elohim masukkanlah mereka semua ke dalam neraka.


Mereka gila. Dengan katolik bodoh itu buat begini, cerdik pandai kaum Muslimin tentu menunggu Abraham ditukar kepada Ibrahim, Noah kepada Nuh, Isaac kepada Ishak. Katolik itu kena fikir banyak kali sebenarnya, cerdik pandai kaum Muslimin tentu akan mengulang kerja Deedat dan Zakir Naik. Debat kepercayaan, ah gila!


Dan senja pun berlabuhlah seperti biasa.

2 comments:

PAPA GOMO said...

aisey..blogg tak laku dah.....
memang anak haram jugak ni

Admin said...

ke sini pulak pencacai UMNO nih. anjing tersesat masuk kampung heh hehehe