Monday, January 4, 2010

Ke Mana Menghilangnya Presiden PAS?


Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga, PAS ni ada presiden ke tak? Ada ketua atau tak? Peranan ketua ialah menjaga organisasi. Sedia mempertahankan organisasi jika diserang oleh pihak lawan. Menyatakan pendirian organisasi jika timbul sesuatu isu yang penting. Tapi sekarang setiap kali PAS ditimpa berbagai isu, orang lain yang bersuara seolah-olah menggantikan presiden.


Sekarang yang banyak bersuara bagi pihak PAS ialah Mursyidul Am (beliau hanyalah penjaga dasar, bukan ketua), kadang-kadang Setiausaha Agung (mungkin Pemangku Presiden?), ataupun Timbalan Presiden, paling cikai pun Ketua Penerangan. Mana menghilangnya presiden PAS tatkala kes perarakan kepala lembu di Shah Alam, kes disiplin Hassan Ali, isu bai'ah taklik PAS, EGM, dan yang terbaru, isu kalimah Allah.


Tup tup, dengar-dengar dah ada kat Palestin, lepas tu Syria, lepas tu Lubnan. Buat magik la pulak. Atau mungkinkah benar seperti yang didakwa oleh AT bahawa Presiden PAS sebenarnya sudah lama wafat, dan sekarang digantikan oleh pemangkunya Mustafa Ali. Ataupun yang ada sekarang ini hanyalah jasad presiden yang telah diawet untuk dijadikan dewa?

3 comments:

ISA said...

2 hari lepas, aku dah cadangkan dalam blog AT supaya di anjurkan solat ghaib buat Presiden PAS.

Admin said...

ye ke? apa kata AT? Bila nak start? Saya pun nak join gak. kahkahkah....

Anonymous said...

presiden PAS ?

apa itu neraka?