Thursday, January 21, 2010

Ibu Rayu Anak Tidak Dihukum Gantung


Sumber dipetik daripada : The Malaysian Insider

PETALING JAYA, Jan 21 — “Tolonglah, jangan pandang hina keluarga kami. Kalau boleh mak cik ingin merayu agar Rasidi tidak dikenakan hukuman gantung.”

Begitulah rintihan seorang ibu, Zaharah Atan, 59, apabila anak lelakinya, Rasidi Ismail (gambar), 32, dituduh di mahkamah kerana membunuh empat sekeluarga dalam kejadian di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dua minggu lalu.

Dalam perbualan telefon selama 10 minit itu dengan Utusan Malaysia, suara Zaharah dikatakan tersekat-sekat menahan sebak sekali gus menggambarkan perasaan seorang ibu terhadap anaknya meskipun sebesar mana dosa dilakukan.

Apatah lagi apabila menyaksikan sendiri Rasidi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau kelmarin dalam keadaan tangan bergari.

“Kalau boleh mak cik sendiri hendak merayu agar Rasidi tidak dikenakan hukuman gantung,” katanya.

Dalam kejadian itu, seorang bekas imam, Atan Daud, 87, isterinya, Sufiah Katas, 80, menantunya, Ismail Awang, 76 dan cucunya, Siti Khadijah Ismail, 22 ditemui mati dalam keadaan mengerikan.

Mayat Atan ditemui putus tangan kanan, manakala isterinya, Sufiah putus tangan kiri. Ismail pula putus kepala dan Siti Khadijah ditemui dengan sebilah senjata tajam terpacak pada dadanya.


Catatan :


Kalau di negara Arab, hukuman yang selayaknya diterima oleh malaon di atas ni ialah hukuman bunuh. Biasanya ditembak di khalayak ramai,ada juga yang mengenakan hukuman pancung. Dalam hukum jenayah Islam , hukuman bagi pembunuh ialah Qisas, iaitu dia dibunuh sebagaimana dia membunuh mangsanya.


Di Malaysia, buatlah apa-apa hukuman pun, kononnya nak mengurangkan jenayah, tapi dah kalau hukuman/undang-undang tersebut tidak berkat, dengan kehendak Allah jenayah di Malaysia semakin bertambah. Malaysia bukanlah tempat yang selamat untuk didiami walaupun negara ini majoritinya adalah penganut Islam, tapi Islam hanya pada kad pengenalan.


Salah satu kenapa anak nakal tidak serik-serik melakukan sesuatu yang menyakitkan hati orang ramai ialah apabila dia dilindungi oleh ahli keluarganya. Dengan itu, dia merasa selamat dan tidak terancam apabila membuat perkara jahat. Jika ada orang yang hendak menghukum, pasti akan ada ahli keluarganya datang membelanya. Terutamanya si ibu.


Ibu kadang-kadang boleh menjadi makhluk yang membawa kebaikan, tapi ada juga yang menjadi kepada sumber kecelakaan. Contohnya kes di atas. Apa macam kalau pihak tertentu membatalkan hukuman gantung dan menggantikannya terhadap hukuman penjara. Di mana keadilan terhadap 4 orang mangsa yang dibunuh? Walaupun ibu tersebut salah seorang saudara terdekat keempat-empat mangsa tersebut, tapi apakah perasaan ahli keluarga atau saudara yang lain?


Biasalah, senario yang selalu kita lihat seorang ibu mempertahankan anaknya membuat jenayah. Ini biasa dikalangan bangsa Melayu. Ini membuatkan anak menjadi semakin berani membuat kesalahan.

2 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

akum
lama dah ikut
baru sekarang bercakap

Admin said...

wsalam.


tak faham?