Tuesday, June 30, 2009

Cara Yang Patut Digunakan Oleh UMNO Untuk "Menawan" Manek Urai


Pilihanraya kecil DUN Manek Urai akan diadakan tak lama lagi. Dua-dua belah pihak sama ada PAS atau UMNO sudah lama menggerakkan jentera masing-masing untuk menawan pengundi di DUN tersebut. Calon dah pun diumumkan. Jika sebelum ini di mana-mana pilihanraya kecil saya selalu menyokong serta membantu calon Pakatan Rakyat yang bertanding, tapi kali ini saya ingin berubah angin sekali. Saya ingin "membantu" UMNO untuk menawan Manek Urai.
Mungkin kaedah yang saya cadangkan boleh dipertimbangkan oleh pemimpin tertinggi UMNO untuk melaksanakannya, lagipun UMNO dilihat bersungguh-sungguh mahu menawan DUN ini walaupun hakikatnya jika UMNO memenanginya, ia sedikitpun tidak menggugat Kerajaan Kelantan. Sampaikan Mustafa Mohamad pun memancing pengundi di sana dengan mengatakan Manek Urai akan menjadi anak angkat kepada kerajaan Pusat jika UMNO berjaya memenanginya. Oleh itu hati saya tergerak untuk "membantu" UMNO.
Caranya ialah dengan merekrut beberapa pemuka UMNO untuk berkempen di sana. Orangnya ialah Tun Mahathir, Khairy Jamaluddin, dan Ezam Mohd Noor. Muhyiddin Yassin telahpun "membuka sedikit ruang" untuk UMNO memenangi DUN tersebut dengan membandingkan calon BN yang berpelajaran tinggi dengan calon PAS yang hanya sebagai penjual ikan. Pasti pengundi Manek Urai akan "terpesona" dengan calon BN yang lebih mewah, segak dan sebagainya. UMNO sudah ada can.
Dengan membawa Tun Mahathir pergi berkempen di sana, pasti akan mencerahkan peluang UMNO untuk "menang" di DUN tersebut. Ya, rakyat Kelantan tidak lagi lupa akan layanan terbaik oleh Kerajaan Pusat semasa negeri itu jatuh di tangan PAS. Rakyat Kelantan juga pasti masih lagi ingat akan "puji-pujian" yang tinggi melangit yang diberikan oleh Mahathir terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Kelantan, dan PAS.
Yang kedua, peluang UMNO untuk "menang" semakin cerah dengan membawa Khairy Jamaluddin berkempen. Khairy sekali lagi boleh menggunakan slogan "Pade Doh" untuk pengundi di Manek Urai. Dengan itu, pengundi di Manek Urai pasti "serik" untuk mengundi PAS dan beralih kepada UMNO.
Dan yang ketiga ialah membawa masuk Ezam Mohd Noor ke Manek Urai. Ezam tak akan lepaskan peluang untuk menghentam Anwar dan PKR yang langsung tak ada kena mengena dengan PRK itu. Dan boleh "menghiburkan" hati para pengundi Manek Urai dan seterusnya "menolak" calon PR. Pengundi Manek Urai juga pasti akan semakin "meluat" kepada PAS.
UMNO patut menerima cadangan saya ini. Kerana dengan mengguna pakai kaedah-kaedah di atas, peluang UMNO untuk menambah lagi seorang ADUN kedalam DUN Kelantan akan bertambah cerah. Di tambah lagi dengan kesanggupan 2 orang pemimpin UMNO yang berhati mulia iaitu Mustafa Mohamad dan Ahmad Maslan yang bersusah payah hidup dengan cara kampung. Ini akan membuka mata pengundi Manek Urai bahawa UMNO juga mengamalkan gaya hidup yang "zuhud".
Sekian. Selamat Berkempen. HIDUP UMNO! HANCUR PAS! =p

0 comments: