Wednesday, June 17, 2009

Bersatulah PAS..!!

Waktu sekarang merupakan waktu yang genting bagi PAS. Sebelumnya ia tak macam ini. Sudah jelas telah ada keretakan di dalam jemaah, wujudnya 2 team di dalam parti Islam ini. Ini adalah berpunca daripada perbuatan seorang dua di dalam parti, dan sekarang menyebabkannya menjadi huru hara. Oleh kerana menang besar, ada yang sudah jadi besar kepala. Sama macam di Terengganu dulu.



UMNO sekarang ini dilihat terlalu teruja dan ghairah apabila mahu bekerjasama dengan PAS, dengan memahami idea yang dibawa oleh Presiden merupakan kerjasama diantara 2 parti itu. Khairy Jamaluddin sudah beri kenyataan positif, begitu juga dengan Najib. Sedarlah wahai sesetengah pemimpin PAS, UMNO hanya berminat untuk melakukan perkara sebegini apabila mereka berada di dalam keadaan tersepit. Mereka hanya mengenal muzakarah dan sebarang rundingan/perbincangan dengan PAS apabila mereka teruk dihentam dalam pilihanraya. Sewaktu PAS menang besar pada 1999 dulu, tak lama kemudian UMNO ajak bermuzakarah. PAS terima. Tak apalah, sebab pada waktu itu kita ada almarhum Ustaz Fadzil, seorang bijak pandai.


Tahun 2004, selepas mengalami kekalahan teruk, PAS meminta muzakarah diadakan, tetapi langsung tidak dilayan oleh UMNO. Kali ini selepas PRU 2008, sekali lagi isu muzakarah dimainkan. UMNO sekarang ini diibaratkan seperti anjing gila yang tersepit di celah batu. Perbuatan sesetengah pemimpin PAS yang mahu membantunya pasti akan digigit oleh anjing itu selepas diselamatkan, kalau ia memudaratkan pimpinan PAS yang membantu itu tak apa, tapi perbuatan itu bakal mengundang kerosakan di dalam parti.



Penyokong bawahan sudah ada yang marah-marah. Ada sesetengah pengundi bukan Islam yang tak mahu lagi memberi undi kepada PAS, akibat daripada perbuatan cerdik presidennya, yang telah dimanipulasikan oleh timbalannya dan setiausaha agung! Hebat ke pemimpin macam ini, banyak dipengaruhi oleh kedua-dua ekor ular ini? Salah satu faktor kejatuhan Terengganu ialah Presiden PAS banyak mendengar dan menuruti saranan kedua-dua makhluk perosak ini. Saya pun mempersoalkan, kenapa tidak dijelaskan dengan lebih terperinci akan idea Unity Government itu kepada rakyat di Malaysia? Sebaliknya Presiden pergi menjelaskannya kepada orang Melayu di London.



Perbuatan sebegini pasti akan merosakkan parti. PAS pasti akan mengalami kejatuhan teruk selepas ini; dengan krisis kepimpinan dan juga sokongan, akibat daripada perbuatan pemimpinnya sendiri. Apakah Haji Hadi tidak tahu? Ramai yang benci dan meluat kepada Mustafa Ali. Tapi dilantiknya menjadi Setiausaha Agung. Macam sengaja untuk mengundang perpecahan. Mungkin juga sebab Mustafa Ali ini orang yang paling bijak mempengaruhi Presiden, sehingga jatuhnya kerajaan PAS Terengganu.



Begitu juga dengan tindakan Presiden yang mengekalkan jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali. Hasan Ali adalah salah seorang yang menyumbangkan idea kerjasama dengan UMNO ini. Tapi Khalid Samad menentang, dan digugurkan jawatan Khalid Samad didalam PAS Selangor. Sudahlah banyak tak tunaikan janji. Perpacahan sudah dapat dilihat di mana-mana. Timbalan Presiden sudah berani menyanggah Mursyidul Am. Kenapa tidak dipatuhi arahan Mursyidul Am? Bukankah Nik Aziz sudah mengatakan bahawa idea Kerajaan Perpaduan adalah mengarut?


Atau untuk menyedarkan si Nasha ni, pengundi Parlimen Bachok harus mengajarnya, biar dia kenal malam dan siang. "Skandal" dia dengan Wan Abu Bakar sampai sekarang tak dijawab. Sebenarnya saya langsung tak ingin keadaan sebegini berlaku di dalam satu-satunya gerakan parti Islam di negara ini. Perpecahan yang timbul ekorang perbuatan sesetengah pemimpin. Jalan yang terakhir, pemimpin perosak seperti inilah yang harus disingkir, kerana mendatangkan perpecahan dan kerosakan di dalam parti. Pada muktamar yang akan datang, para perwakilan harus berani sebagaimana beraninya para perwakilan pada tahun 1982 yang berjaya mengundurkan Dato' Asri. Pemimpin sebegini patut diajar.


Selepas duri di dalam daging ini berjaya dicabut, PAS harus bersatu untuk berhadapan dengan kezaliman UMNO/BN.


Marakbar Stopa!!
Marakbar Nasha!!

0 comments: