Thursday, June 25, 2009

Penting Ke Bahasa Inggeris?

Sebelum saya menulis saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Puan Ainon Mohd, pengerusi syarikat PTS yang memberi informasi berguna berkenaan bangsa Jepun di blognya.




Kita terpaksa akui bahawa kita tertinggal ke belakang berbanding dengan bangsa Jepun, mereka merupakan antara bangsa yang tercerdik selain daripada bangsa Yahudi. Siapa sangka, dulu negara Jepun hampir lumpuh angkara ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, tetapi sekarang menjadi bangsa yang maju dan menewaskan semua bangsa di dunia dari segi kajian sains dan juga teknologi-teknologi yang canggih.




Kebanyakan alatan yang canggih berasal daripada Jepun, mereka punyai otak yang cerdas. Salah satu faktor mereka menjadi sebegitu cerdik dan maju ialah faktor pemakanan, contohnya kuat memakan ikan dan telur. Yang kedua ialah faktor kebudayaaan. Bangsa Jepun merupakan salah satu bangsa yang banyak menundukkan kepala selain daripada Yahudi dan Islam (Yahudi dan Islam hanya menunduk-nundukkan kepala apabila beribadat). Kajian menunjukkan bahawa jika kepala selalu melakukan aktiviti (amalan tunduk kepala), ia dapat mencerdaskan otak.



Dan faktor yang ketika yang menyebabkan bangsa Jepun lebih terkehadapan ialah kebanyakan daripada mereka tidak tahu berbahasa Inggeris. Cara pembelajaran mereka sama ada di peringkat rendah, menengah, tinggi, sehingga ke universiti ialah mereka menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa ilmu.



Melalui blog Puan Ainon, Jepun merupakan negara maju dan kaya-raya tapi dalam masa yang sama ia merupakan antara negara yang bodoh di dalam bahasa Inggeris. 4 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 merupakan bangsa Jepun yang tidak tahu berbahasa Inggeris, dan lebih hebat lagi, 10 daripada 12 penerima hadiah itu langsung tidak tahu berbahasa Inggeris.



Itulah kelebihannya. Saintis Jepun menjalankan kajian mereka dengan menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri, oleh kerana tidak tahu berbahasa Inggeris, mereka langsung tidak merujuk kepada kajian yang berbahasa Inggeris dan kajian mereka tidak terpengaruh dengan unsur-unsur Barat. Maka kajian mereka menjadi lebih bermutu, asli dan berkualiti. Sebaliknya banyak kajian-kajian dari Jepun diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris!



Sedangkan pada masa yang sama, India merupakan negara yang mempunyai ramai penduduk yang pandai berbahasa Inggeris, tetapi tidak seorangpun yang tersenarai di dalam menerima Hadiah Nobel 2008! India juga mempunyai terlalu ramai penduduk yang miskin dan merempat yang seramai 300 juta orang, separuh daripada penduduk miskin di dunia ini.



Padahnya India menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu (konon!!!) negara itu melahirkan ramai orang miskin. Malaysia nak macam itu ke? Sekarang dah ada sikit-sikit. Sekali lagi saya menegaskan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah mahupun di kolej dan universiti, kaedah itu tidak akan memberi kesan yang baik. Mutu pembelajaran negara ini merosot teruk! Tempoh 6 tahun PPSMI dilaksanakan, perubahan hanya 0.7%.



Namun yang sedihnya ramai orang Melayu yang bodoh bersetuju dengan dasar ini. Kononnya bagus dan membantu menguasai bahasa Inggeris dengan lebih cepat (konon!!!). Walaupun kegagalan sudah jelas, namun pemimpin atasan tetap memandang dengan sebelah mata, sejak dari Hishamuddin memegang jawatan Menteri Pelajaran, sampailah kepada sekarang iaitu Muhyiddin (Mat Sembab).



Membantu menguasai bahasa Inggeris? Memang tidak membantu langsung. Sebaliknya lebih ramai Melayu yang mula tidak boleh berbahasa Melayu dengan betul, kerana banyak menggunakan bahasa perosak, iaitu bahasa rojak. Sekejap cakap Melayu, lepastu cakap Inggeris. Ini apa punya kepala otak ni? Itulah bahasa yang paling hodoh pernah saya dengar. Dan sekarang budaya ini cepat merebak di kalangan orang Melayu di bandar. Di IPT sendiri ia berjangkit di kalangan pelajar dan pensyarah.



Aduh apabila saya mendengar mereka bercakap, serta merta saya rasa saya mahu meludah kerana terlalu mual. Memang saya merupakan penggemar rojak (rojak mee), kerana ia sedap, tetapi apabila mendengar bahasa rojak, serta merta tekak saya berasa mual. Dan jijik. Tahniah kerajaan Malaysia kerana melahirkan begitu ramai Melayu yang jijik di negara ini. Dan terima kasih kerana melahirkan begitu ramai miskin tegar.



Agaknya apa perlu kita lakukan supaya penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah dan universiti dihapuskan? Mereka takkan menghapuskan dasar ini selagi orang tua puaka pencen itu masih hidup. Bila la dia nak "jalan"???



Mat Sembab : Kalau nak takutkan budak-budak jangan main hingga lewat maghrib, letak saja gambar Mat Sembab ni di tempat permainan budak-budak. Budak-budak tengok muka ini pun dah naik takut dan nak menangis. Nak makan pun tak lalu.

0 comments: