Thursday, June 11, 2009

Haji Hadi, Pakatan Rakyat, dan Kerajaan Perpaduan

Walaupun pimpinan PAS meminta kepada semua pihak supaya menghentikan berkomentar dan menyentuh isu berkenaan dengan Kerajaan Perpaduan, tetapi saya tetap mahu sentuh sedikit di dalam blog ni. Apa yang saya faham mengenai Kerajaan Perpaduan ini ialah kerajaan tanpa pembangkang. Kalau kerajaan campuran, pembangkangnya mesti ada. Dan Haji Hadi berkata Kerajaan Perpaduan ini melibatkan semua parti di dalam negara ini untuk menyelesaikan berbagai permasalahan di dalam serta di luar negara.


Idea tentang Kerajaan Perpaduan ini memang dicetuskan oleh Haji Hadi, ekoran kegagalan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah Badawi di dalam Dewan Rakyat. Memang PAS tersilap kali ini. Sepatutnya isu ini tak perlu ditimbulkan kerana ia masih terlalu awal dan ramai yang tak faham. Tengoklah kesannya sekarang. Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat termasuk PAS sudah mula mengecam serta menyumpah pimpinan terutamanya Presiden dan Timbalan Presiden. Saya memang tidak setuju kalau sebarang rundingan, perbincangan, dan pertemuan dilakukan dengan pimpinan UMNO. Walaupun di dalam ajaran Islam, pintu rundingan sentiasa terbuka luas walaupun dengan musuh dan orang kafir, tetapi saya berpendapat UMNO ini terlalu liat, degil dan mustahil untuk bersikap ikhlas kalau sebarang perbincangan dibuat.


Saya mengikut kata-kata Husam, dan saya bersetuju jika perbincangan dan rundingan dibuat dengan UMNO bila kita (Pakatan Rakyat) berkuasa nanti. Bila UMNO kalah teruk, dan pemerintahan negara ini bertukar tangan, barulah boleh diadakan perundingan. Buat masa sekarang terlalu awal kalau perundingan diadakan. Oleh kerana tersilap langkah, PAS sudah dikecam oleh berbagai pihak.


Sekarang penyokong Pakatan Rakyat sendiri sudah ada menyumpah Presiden dan Timbalan Presiden. Saya mahu katakan bahawa Haji Hadi tak perlu dipersalahkan di dalam hal ini. Dulu saya rajin mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau, dan beliau sentiasa menceritakan tentang pengkhianatan UMNO kepada PAS 30 tahun lalu. Dan saya tak fikir bahawa idea yang dicadangkan olehnya itu memudaratkan, cuma kesilapannya, ia terlalu awal dan rakyat masih belum faham. Haji Hadi juga manusia biasa. Lakukan banyak kesalahan.


Lainlah pendapat saya dengan Nasharuddin, memang dia patut dipersalahkan, kerana dialah yang beria-ria, lebih dari Presiden mempromosikan Kerajaan Perpaduan. Lagi pula, dia pernah menipu ahli-ahli PAS pada tahun lepas dengan menafikan bahawa tidak terdapat pertemuan dengan pimpinan UMNO. Dan apabila Abdullah Badawi membongkarkannya, barulah si Nasha ini tergagap-gagap mahu menjawabnya.


Memang ramai sudah mula tidak menghormati Haji Hadi. Walaupun saya marah juga dengan tindakannya, namun saya tidak sanggup untuk menyumpahnya, seperti kebanyakan blogger Pakatan Rakyat. Selain itu, kita patut lihat siapa di sekeliling Haji Hadi, siapa yang selalu memberi nasihat serta pandangan kepada Haji Hadi, dan kadang-kala Haji Hadi mengikuti cadangan tersebut. Kebanyakannya daripada pimpinan PAS Terengganu. Saya akui, Haji Hadi gagal untuk mentarbiyah pimpinan Terengganu, sebagaimana berjayanya Tuan Guru Nik Aziz mendidik pimpinan PAS serta rakyat Kelantan.


Memang jauh beda antara Haji Hadi dan Nik Aziz. Nik Aziz lebih dihormati, baik orang Islam mahupun bukan Islam. Nik Aziz ada aura tersendiri berbanding Haji Hadi yang semakin malap, walaupun Haji Hadi pernah suatu ketika dahulu popularitinya mengalahkan Nik Aziz.


Apa yang saya harapkan ialah 2 perkara, iaitu PAS hendaklah melupakan segala perbuatan yang boleh mendatangkan rasa syak penyokong, dan juga hendaklah menghentikan sebarang rundingan mahupun pertemuan dengan pimpinan UMNO. Yang kedua, khusus buat penyokong PR, saya minta sangat-sangat, walaupun kamu semua ada yang membenci dan menyumpah Haji Hadi, kalau kamu benci kepada beliau, benci akan sikap serta peribadi beliau, namun saya minta tolonglah hormati ilmu yang ada kepadanya.


2 PERMATA DI DALAM PAS... Pernahkah kalian semua berfikir, apa yang akan terjadi kepada jemaah dan kita jika kedua-dua tokoh di atas pergi meninggalkan kita? Siapa yang benar-benar layak menggantikan tempat mereka? Oleh itu semasa mereka masih hidup inilah, hargailah mereka, serta hormatkanlah mereka. Walaupun patah tumbuh hilang berganti, namun pepatah ini tidak sesuai ditujukan kepada ulama'. Di akhir zaman, orang yang faham akan agama semakin berkurangan. Saya rasa tiada di dalam PAS yang dapat meneruskan kecekalan Haji Hadi dan kezuhudan Nik Aziz. Buatlah baik kepada mereka sementara mereka masih hidup.



ANWAR IBRAHIM...walaupun saya kurang menyukai beliau, namun ada 2 perkara pada beliau yang membuatkan saya rasa amat kagum. 1) kebolehannya menarik minat serta sokongan rakyat melalui pidatonya. 2) sifat "husnul zan" yang menebal, dari dulu hingga sekarang. Almarhum Ustaz Fadzil Noor sangat mempercayai beliau, walaupun Anwar berpuluh kali melukakan hati almarhum, namun almarhum tetap yakin terhadap Anwar. Tak mungkin orang seperti almarhum tersilap di dalam menilai Anwar Ibrahim. Oleh itu, selagi dia berada di dalam landasan yang benar, saya akan menyokong Anwar selaku Ketua Pakatan Rakyat.



INDAHNYA PERPADUAN....di mana lagi kita boleh lihat keadaan seumpama di atas? Kita sedia maklum bahawa kaum Tionghua biasanya makan menggunakan sudu atau chopstick. Tapi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tanpa rasa kekok makan menggunakan tangan, dan duduk bersebelahan dengan MB Perak, Ir. Nizar dan Ustaz Ahmad Awang, menikmati juadah berbuka puasa. Di dalam BN memang confirm kita tak akan jumpa babak sebegini. Ada ke Ong Tee Keat makan sekali dengan Najib, tanpa sudu dan garpu? Ada ke kita lihat Shahrizat dan Samy Vellu makan dalam satu talam? Tak ada. Kita hanya boleh lihat keharmonian seperti di atas HANYA di dalam Pakatan Rakyat. Oleh itu kekalkanlah perpaduan seperti di atas. Inilah yang ingin dilihat oleh semua rakyat Malaysia, kepimpinan baru yang membawa perubahan.

0 comments: