Friday, June 19, 2009

Contoh Pemimpin Yang Zuhud




Di saat pemimpin Islam Timur Tengah yang lain sedang leka dengan nikmat dunia yang melalaikan, tidur di dalam istana, negara punyai hasil minyak yang banyak, mempunyai simpanan yang tidak habis dimakan oleh anak cucu, sedangkan banyak negara umat Islam dibantai oleh orang kafir, tetapi....pemimpin yang seorang ini tidak mencontohi pemimpin di sekeliling negaranya.
Apabila bermalam di mana-mana hotel, beliau menolak untuk tidur di bilik yang besar, beserta tilam yang empuk, dan ditambah dengan air-cond yang nyaman, tetapi beliau lebih selesa beradu di dalam bilik yang lebih kecil, tanpa katil dan tilam, dan hanya meminta bantal dan selimut sahaja. Beliau sudah biasa tidur seperti itu sejak zaman kanak-kanak lagi. Pemimpin Islam yang lain lebih suka tidur di dalam mahligai, tetapi beliau lebih selesa di lantai.
Itulah sebabnya mengapa Allah SWT melindungi Iran daripada ancaman dan serangan daripada puak-puak kafir laknatullah, beserta mengekalkan kemenangan Ahmadinejad selaku presiden. Keperibadian yang sederhana inilah membuatkan lebih daripada 50% pengundi Iran tetap memilih Ahmadinejad. Kerana pemimpin Islam seperti beliau amat mustahil untuk dicari ganti. Bermula pada hari pertama menjadi presiden, karpet-karpet mahal di pejabatnya semuanya di sedekahkan di masjid-masjid sekitar Teheran. Ahmadinejad lebih selesa tinggal di rumah pusaka bapanya daripada tinggal di kediaman rasmi, dan tidak pula memerlukan kereta rasmi Presiden yang canggih, hanya mengekalkan Peugeot 1977 yang selalu dipandu untuk ke mana-mana.
Manakala gaji sebagai presiden tidak diterimanya, kerana beliau berkata gaji tersebut adalah milik rakyat, dan hanya bergantung kepada gaji beliau selaku pensyarah di sebuah universiti yang hanya berjumlah USD $250 sebulan! Rasa-rasanya, ada lagi pemimpin Islam sehebat beliau dan sezuhud beliau??
Beliau dari mazhab yang berbeda?! Argh persetankan!
Zuhud : Tidak meletakkan kepentingan dunia di dalam diri. Jika kita menolak dunia, kita akan kuasai dunia!!

6 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam ReformisJalanan,
Subhanallah! Pemimpin yang sedar diri menanggung amanah. Takut terhadap Allah.
Blog anda membawa tazkirah yang amat bermanfaat.
Saya minta izin download gambar pemimpin ini. Halalkan dunia akhirat.
Blog anda pada senarai Pemaya N-R dalam blog FSS saya.
Tahniah dan teruskan!

Reformis Jalanan said...

Salam atuk Wahab,



Satu penghargaan bagi saya jika anda mengambil gambar tersebut. Dan terima kasih kerana sudi menjenguk dan menyenaraikan blog saya di blog anda.


"Dan berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu berguna/bermanfaat bagi kaum yang beriman,"

aloha2 said...

salam...izinkan saya mengambil picture tersebut untuk diletakkan dalam blog saya.Tksh

Reformis Jalanan said...

silakan...

Amos Sandp said...

Kalaulah ahmednijad tu ahlul sunnah walja'maah dan bukan syiah.....mantap

Amos Sandp said...

Kalaulah ahmednijad tu ahlul sunnah walja'maah dan bukan syiah.....mantap