Monday, June 15, 2009

Selamat Datang, Zaid Ibrahim


Terlupa untuk postingkan perkara ini. Beberapa hari lepas, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim telahpun menyertai PKR. Zaid sebelum ini memang agak cenderung kepada PKR dan selalu menghadiri majlis PKR. Baru-baru ini juga beliau juga datang ke Muktamar PAS. Saya di sini ingin mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya memilih arus perjuangan yang benar. Seorang yang profesional dan berkebolehan seperti beliau amat diperlukan dan dialu-alukan untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat. Sekali lagi tahniah diucapkan.
Zaid juga merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri kerana tidak bersetuju dengan tindakan PM ketika itu, Abdullah Badawi yang mengenakan ISA kepada Raja Petra, MP Seputeh Teresa Kok dan seorang wartawan akhbar Sin Chew Daily. Diharap segala pengalamannya berada di dalam UMNO turut digunakan untuk memperkuatkan parti itu. Harap jangan dibawa budaya UMNO sudah.
Zaid, yang "juga seorang Melayu", telahpun diberi jawatan selaku Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR. Walaupun ramai yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, namun bersangka baiklah. Zaid juga suatu ketika dulu pernah menimbulkan kontroversi ekoran tindakan Kerajaan Kelantan meletakkan al-Qur'an dan Sunnah sebagai tempat rujukan, dan juga mahu melaksanakan hudud. Zaid menyaman Kerajaan Kelantan, kemudian menarik balik samannya itu.
Sekarang tugas pertama Zaid selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat ialah turun ke Manek Urai pada bulan hadapan, ditambah lagi dengan beliau sebagai orang Kelantan, mungkin tiada masalah untuk menarik sokongan pengundi di sana, dan juga menarik pengundi UMNO untuk mengundi PAS.
Akhir kata, saya ucapkan kepada Zaid Ibrahim, selamat datang ke wadah perjuangan yang baru, perjuangan yang baru, dan diharap sama-sama dapat menjana kekuatan Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan UMNO/BN pada masa yang akan datang. Takbir!

0 comments: