Wednesday, June 10, 2009

SIS : Duri Dalam Daging

Saya sangat-sangat bersetuju kalau sebarang usaha dibuat untuk menghalang NGO Sisters In Islam menyebarkan dakyahnya serta menyesatkan wanita Islam di negara ini. Golongan seperti ini sangat bahaya kalau lama dibiarkan bebas di dalam negara ini.
Baru-baru ini para perwakilan di Muktamar PAS sebulat suara bersetuju agar SIS ini diharamkan. Tapi pada pendapat saya, walaupun kumpulan ini berjaya diharamkan, tapi tak semestinya fahaman yang dibawa oleh mereka turut terhapus. Mereka pasti mencari alternatif lain untuk menyebarkan dakyah mereka. Oleh itu, untuk menyekat puak-puak ini, kita mesti memikirkan cara yang lain selain daripada mendesak Majlis Fatwa mengharamkannya.
SIS ini bagi saya terang-terangan bertentangan dengan Islam. Dan mereka ini sesat lagi menyekatkan. Mereka mempertikaikan hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an, seperti poligami, pembahagian harta (fara'id), aurat, dan lain-lain. Mereka mendakwa kaum wanita didiskriminasi, dan menuntut supaya tafsiran al-Qur'an dikaji semula dan mahukan wanita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan lelaki. Sungguh kuat fahaman liberalisme dan feminisme yang ada dalam puak-puak ini.
Baru-baru ini pula mereka mempertikaikan fatwa yang mengharamkan pengkid. Yang sedihnya, tokoh-tokoh SIS ini kebanyakannya mempunyai pengetahuan serta lulusan agama. Mereka telah disesatkan oleh syaitan, dan menjadi syaitan yang bertopengkan manusia. Mereka tak layak meletakkan nama "Islam" di dalam pertubuhan mereka. Lebih baik tukar, kerana sikap dan tindak-tanduk mereka langsung tidak mencerminkan Islam.
Saya tidak mengkafirkan mereka, tetapi dengan berfahaman sebegitu rupa, bagi saya aqidah mereka diragui. Saya masih ingat 2 tahun lepas, saya mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Sharir Long, dari Kedah, yang mengecam puak-puak ini, dan Ustaz Sharir juga mencadangkan nama mereka ditukar, cuma sebutannya agak kasar sikit, iaitu "Sisters In Kapir". Tapi jika dilihat dari sudut lain, memang pendirian mereka hampir sama dengan non-muslim. Sanggup mereka mempertikaikan undang-undang yang digubal oleh Allah?
Mengenai cara untuk melumpuhkan mereka, saya tidak ada idea lagi macam mana untuk menghalang puak-puak ini. Cuma umat Islam yang masih sayangkan Islam di dalam negara ini perlu berusaha keras menerangkan kepada orang awam betapa sesat dan bahayanya SIS ini. Selagi negara ini diperintah oleh UMNO, dan selagi kita tidak memerintah, agak mustahil untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap SIS ini.
Kita sedia maklum, SIS ditubuhkan pada awal 1990-an oleh Wanita UMNO. Bahkan beberapa isteri pimpinan UMNO menjadi ahli SIS ini. Dan baru-baru ini Shahrizat ada merasmikan majlis puak-puak ini yang dipanggil "Musawah", tak silap saya, yang diadakan di sebuah hotel di Bukit Bintang. Dan paling penting, tonggak di dalam SIS ini ialah Nori Abdullah, dan Marina Mahathir, kedua-duanya anak kepada bekas PM. Sebab itulah UMNO tak berani usik SIS ini.

2 comments:

Anonymous said...

astaghfirullahal'azim...
apa nak jadi la dgn diorang ni...
isk3...

Anonymous said...

itulah hakikatnya, tak semestinya kita memperoleh hidayah walaupun ada kelulusan tinggi dalam bidang agama. kita semua mudah ditewaskan dengan godaan dunia.