Friday, June 12, 2009

Laluan Sukar Buat PAS

Saya dapat merasakan PAS akan menghadapi masalah yang agak berat. Yang pertama adalah masalah mengenai pimpinan dan yang kedua ialah masalah memperoleh sokongan. Jika kedua-dua perkara ini berterusan, tidak mustahil PAS akan mengalami zaman kejatuhan sebagaimana pada tahun 1978, 1982, 1986, dan 2004. Laluan PAS untuk menjadi parti alternatif bagi menggantikan pemerintah yang sedia ada mungkin teramat sukar.


Tahun 1978 : PAS mengalami masalah kepimpinan iaitu di Kelantan. Masalah ini menyebabkan Muhammad Nasir meletakkan jawatan sebagai MB dan menubuhkan BERJASA. Hasilnya, UMNO berjaya mengambil kesempatan dan Kelantan jatuh di tangan BN.


Tahun 1982 : Sekali lagi masalah kepimpinan berlaku pada muktamar. Sebelum Dato' Asri selaku Yang Di-Pertua mengundurkan diri, berlaku perbalahan diantara beliau dengan timbalan beliau sendiri, iaitu Ustaz Hasan Adli. Dato' Asri meletakkan jawatan setelah didesak oleh Pemuda PAS dan para perwakilan.


Tahun 1986 : Akibat daripada bertemu secara rahsia dengan pimpinan UMNO, orang Melayu dan bukan Melayu sepakat menolak PAS pada PRU tahun tersebut. Puncanya ialah UMNO yang membocorkan tentang pertemuan tersebut pada media. PAS kalah teruk.


Tahun 2004 : Sekali lagi PAS kalah teruk pada PRU ini. Terengganu berjaya dirampas semula oleh UMNO, akibat daripada kecuaian serta sikap sesetengah pimpinan PAS dan EXCO Terengganu yang mudah lupa diri dan besar kepala. Di Parlimen, PAS hanya memperoleh 6 kerusi, berbanding sebelumnya, iaitu 27 kerusi. Di DUN Terengganu, sebelumnya PAS mendapat 28 kerusi, BN 4 kerusi. Kemudian terbalik, PAS mendapat 4 kerusi, BN pula mendapat 28.


PAS perlu mengambil pengajaran daripada pengalaman yang lepas. Sekarang saya perhatikan, akibat daripada timbulnya isu United Government (UG), ramai penyokong bawahan sudah mula meemandang serong terhadap PAS, lebih-lebih lagi terhadap pimpinan tertinggi. Di dalam blog, ramai bukan Melayu sudah mengkritik akan idea itu. Itu tidak termasuk lagi dengan komen daripada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat. PAS, janganlah kerana sudah menang besar, kamu semua mula lupa diri. tolonglah patuh kata-kata pemimpin tertinggi, iaitu Mursyidul Am kita. Hentikanlah sebarang usaha yang membawa perbincangan/pertemuan/perundingan dengan UMNO. Kalau nak sangat, tolong bersabar sehingga UMNO ditewaskan, dan hampir lenyap di Malaysia ini.


Tak dapat dinafikan telah berlaku bibit-bibit perpecahan di dalam jemaah kita. Para pimpinan perlu memberikan penuh perhatian terhadap perkara ini. Jangan biarkan senario pada 1978 dan 1982 berulang. Jika betul-betul terdapat "boneka UMNO", maka ambillah tindakan dengan segera. Kita perlu menampal lubang yang telah dibocorkan oleh orang tertentu pada bahtera kita supaya tidak karam.


Akhirnya kedua-dua tokoh ini berjaya mendapat jawatan di dalam Jawatan Kuasa Kerja Harian PAS Pusat. Walaupun banyak suara yang menghendaki Mohamad Sabu dilantik menjadi Ketua Penerangan, dan Husam Musa sebagai Setiausaha Agung, namun jawatan sebagai AJK sudah mencukupi untuk kedua-dua tokoh ini mendaki semula hingga ke atas.

Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung. Adakah dia ini setanding dengan Datuk Kamaruddin Jaffar? Atau dengan perlantikan dia ini bakal membuatkan nasib PAS sama seperti Terengganu? Ramai penyokong sudah mula mempertikaikan dia ini. Jika pada tahun 1982 dahulu, dia sebagai Ketua Pemuda berjaya mengetuai sayap itu untuk mendesak Dato' Asri meletakkan jawatan, mahukah dia menerima nasib yang sama? Di desak oleh penyokong supaya cepat-cepat bersara di dalam dunia politik.

Harun Taib. Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, menang tanpa bertanding. Dia menggantikan tempat Mustafa Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru. Mampukah ustaz ini berjaya membawa gelombang kebangkitan PAS di Terengganu? Macam mana jika sekarang ini dia berjaya memujuk Ahmad Said membentuk kerajaan campuran di Terengganu bagi menghadapi kem Idris Jusoh? Tak dapat dibayangkan dia memakai kot dan duduk di atas kerusi Menteri Besar. Harap-harap kesilapan yang lepas jangan dibiarkan berulang.

0 comments: