Seperti yang kita ketahui, tak sah jika mana-mana pilihanraya tak ada
projek mee segera yang dibuat oleh UMNO/BN. Sekarang, berbagai-bagai projek sudah dirancang untuk dijalankan di Manek Urai, maklumlah, kata Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Manek Urai akan dijadikan anak angkat Kerajaan Persekutuan jika DUN tersebut dimenangi oleh calon BN.
Pengundi dan pemimpin UMNO di kawasan Manek Urai ini mungkin lebih beruntung sikit berbanding pengundi dan pemimpin UMNO di Penanti. UMNO tak bertanding di sana, maka melepaslah masing-masing dari dapat habuan. Kali ini tidak bagi pemimpin kawasan Manek Urai.
Walaupun pengundi di Manek Urai terdiri daripada orang kampung, rata-ratanya penoreh getah, tapi mereka tak akan tertipu dengan gula-gula yang dibawa oleh BN. Kerana mereka tahu, mee segera langsung tidak memberi khasiat kepada pemakannya. Sekarang UMNO menerima tamparan pertama apabila penduduk di Lata Rek menolak mentah-mentah bantuan UMNO sebanyak RM 20 ribu untuk membina madrasah.
SUASANA PILIHANRAYA....perkara biasa kita lihat di mana-mana pilihanraya. Pasti akan ada perang poster. Ini baru meriah jika disertai UMNO/BN. Tak lah sebosan Penanti.
2 comments:
bn nak bina stadium kat manik urai ke
Salam pokcu,
bukan stadium je, kalau boleh bapak stadium pun nak bina, tapi lepas p/raya janji tinggal janji. lebih-lebih lagi kalau bn kalah.
Post a Comment