Monday, June 29, 2009

1Malaysia Ke Malaysian Malaysia

Idea 1Malaysia yang diutarakan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang dahulunya kabur, tidak difahami sama ada pemimpin UMNO sendiri, dan juga penyokong-penyokong UMNO bawahan, terutamanya orang kampung. Sekarang gagasan 1Malaysia sudah sedikit jelas. Jika sebelum ini mereka kata idea 1Malaysia tak sama dengan Malaysian Malaysia, ideologi DAP, tapi sekarang sudah nampak sedikit persamaan.


Di dalam perlembagaan Malaysia, antara yang menjadi hak orang Melayu dan bumiputera ialah pemberian biasiswa. Tapi sekarang Najib Razak baru saja mengumumkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan diberi kepada sesiapa saja tak mengira kaum berdasarkan kecemerlangan dan juga merit. Maknanya, jika pelajar Cina, India, dan lain-lain cemerlang di dalam pelajaran, maka mereka layak mendapat biasiswa. Perkara ini mana ada dalam perlembagaan.


Sedangkan anak Melayu ramai yang kesusahan akibat daripada penukaran biasiswa ke pinjaman pada tahun 1995. Angkara siapa? Najib Tun Razak juga, yang dulunya ialah Menteri Pendidikan. Sehinggakan anak Melayu terpaksa dibebankan dengan pinjaman yang mengandungi riba, negara Islam apa ni? Pemimpin UMNO ni Islam ke tak? Tak tahu ke pinjaman yang dikenakan terhadap anak Melayu di IPT mengandungi riba? Tak mengaji agama ke? Inilah salah satu ciri kapitalis, yang menindas dan utamakan keuntungan, agama dibelakangkan.


Najib hanyalah nak ambil hati kaum bukan Melayu, sebab kaum bukan Melayu sekarang ini berpakat untuk menolak BN. Bodoh juga anak Tun Razak ni. Dia ingat rakyat di negara ini masih bodoh macam dulu? Setakat nak tipu orang kampung boleh la. Ini apa pula kata pejuang Melayu sejak Najib Razak mengumumkan biasiswa turut dapat kepada kaum lain? Mana perginya pemimpin UMNO yang kuat membela bangsa? Mana perginya PERKASA?


Orang UMNO benci kepada DAP kerana ideologi parti itu yang perjuangkan semua hak kaum di Malaysia disamaratakan, tiada hak istimewa. Sekarang UMNO melalui idea 1Malaysia pun nak menuju ke arah itu. Apa khabar orang UMNO? Tak takut anak Tun Razak ini jadi perosak parti ke? Dosanya yang lama masih lagi sukar untuk dimaafkan, iaitu pengkhianatan kepada anak Melayu dengan menarik biasiswa dan ditukarkan kepada pinjaman. Di dunia ini bolehla Najib nak lari ke mana-mana. Tapi di akhirat tengoklah, nanti kena saman di depan Tuhan.


Kalau UMNO dah naik benci kepada DAP sehinggakan tahap melabelkan parti itu sebagai komunis, maka label yang sama boleh diberikan pada Perdana Menteri. DAP patut tumpang gembira bila Najib Tun Razak mengumumkan tentang pemberian biasiswa ini. Sebab 1 Malaysia dah nak semakin hampir dengan Malaysian Malaysia!

0 comments: