Friday, June 5, 2009

Timb. Presiden : Husam & Mohamad Patut Minta Restu TGNA

Seperti yang kita ketahui, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah orang yang kuat menentang akan sebarang usaha yang mahu membawa kesepakatan UMNO dan PAS. Kadang-kadang beliau akan menceritakan bahawa beliau masih lagi tidak lupa akan nasib yang menimpa PAS 30 tahun dahulu akibat diperlakukan oleh UMNO.


Begitu juga pada cerita yang terbaru, beliau dilihat agak "melenting" apabila diberitahu oleh wartawan yang "tiga suku" tentang idea Presiden PAS tentang Unity Government. Sedangkan Unity Government itu bukannya pergabungan di antara PAS dan UMNO.


Ramai orang marah dan bertanya kenapa Ust. Nasharuddin menjadi "kambing hitam" akibat daripada usaha mahu merapatkan PAS dan UMNO, bukannya Presiden. Jika begitu yang patut ditentang ialah Presiden bukan Timb. Presiden. Ya betul, tetapi kita lihatlah macam mana idea Tuan Guru Haji Hadi, bukannya beliau tak tahu perangai UMNO tu macam mana, lagi pula idea Kerajaan Perpaduan itu lain, bukannya pergabungan PAS dan UMNO.


Mungkin juga Tuan Guru Haji Hadi ada peranan beliau. Tapi kita tak boleh sepenuhnya menyalahkan beliau, lebih-lebih lagi tentang kegagalan 16 September, kerana Tuan Guru Haji Hadi mempunyai penasihat yang sentiasa mempengaruhi keputusan yang dibuat, iaitu Pesuruhjaya PAS Terengganu. Bukannya setahun dua Tuan Guru Haji Hadi mengenali Mustafa Ali, tapi berpuluh tahun. Jadi kerusi Presiden tak perlu diusik, PAS cuma perlukan orang yang menentang pergabungan PAS-UMNO menduduki kerusi nombor 2, yang berperanan membantu sekaligus menasihati Presiden.


Seperti yang kita ketahui, calon yang menentang akan pendekatan PAS-UMNO ialah Mohamad Sabu dan YB Husam Musa. Oleh itu, mereka patut meminta restu Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menghadapi pertandingan 3 penjuru itu, kerana memandangkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menentang usaha itu. Mana tahu dengan berkat daripada Tuan Guru, undi yang diperoleh daripada para perwakilan terhadap Mohamad dan Husam memberangsangkan, sekaligus akan memenangkan salah seorang daripada keduanya.


Kalau PAS mahu lebih maju dan lama di dalam politik, lupakan saja pendekatan dengan UMNO, di saat orang bukan Islam sudah mula tertarik dengan Islam, DAP tidak lagi takut kepada PAS, jadi jangan kecewakan mereka ini. Teruskan berdakwah di dalam Pakatan Rakyat, dan bekerjasama dengan rakan-rakan PKR dan DAP. Bagi saya, lebih baik jemaah berpecah sekarang daripada berpecah kemudian, apabila kemenangan dikekalkan.


Ramai yang marah jika tulisan sebegini disiarkan, bukannya analisa mahupun pemerhatian, tetapi ini hanyalah pendapat. Jika tulisan seumpama ini dituduh sebagai pemecah belah, mana lagi teruk jika yang pemecah belah itu berada dan berjawatan tinggi di dalam parti, usaha yang dibawanya bakal membawa perpecahan yang lebih besar. Kadang-kadang saya merasa sedih kerana masih lagi terdapat pimpinan di dalam PAS yang lebih mempercayai UMNO untuk memerintah negara, berbanding dari percaya kepada Pakatan Rakyat.


PAS tidak boleh begitu, sekejap bersama PR, kemudian bersama UMNO. Kalau macam ini, tak ubah seperti perempuan jalang yang bertukar-tukar lelaki.


Akhir kata, saya meminjam kata-kata daripada AL-BAKISTANI, harap pembaca pun matang, tidak bodoh dan hodoh...ini kerana, hujjah dan dalil itu tidak datang dari sesuatu yang mantuq, tetapi datang juga datang sesuatu yang mafhum..


- SELAMAT BERMUKTAMAR-


- ISLAM BERDAULAT RAKYAT SEJAHTERA-

0 comments: