Tuesday, May 19, 2009

UMNO Ibarat Kapal Yang Hampir Karam




UMNNO suatu ketika dulu dianggap sebagai parti keramat, parti yang menyelamatkan bangsa melayu. Tanpa UMNO, tiadalah Melayu. Itulah falsafah orang Melayu pada beberapa dekad yang lalu. Zaman sekarang yang serba moden, falsafah itu sudah tidak lagi digunakan, cuma mungkin diamalkan oleh sesetengah orang yang berotak kemetot. Yang masih setia rata-ratanya terdiri daripada pengundi di saluran 1. Dahulu parti ini disokong kuat oleh orang Melayu, sehinggakan parti saingannya, yang juga merupakan parti Melayu, iaitu PAS, gagal menyaingi popularitinya.

Ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PAS ketika dulu kurang mendapat sambutan, terutamanya di sebelah negeri Pantai Barat dan juga Selatan. Pernah Mohamad Sabu menceritakan semasa berceramah di Negeri Sembilan pada tahun 80-an dulu, "tukang bagi ceramah 5 orang, yang dengaq 3 orang,". Di Johor pula, sampai peringkat Almarhum Ustaz Fadzil Noor berdoa, "semoga tumbuhan dan pokok kayu beriman kepada Allah, kerana manusia sudah tak mahu lagi beriman," kerana jumlah pokok yang mendengar ceramah melebihi jumlah hadirin! Namun, itu semua berlaku pada waktu dulu. Parti UMNO ada pasang surutnya. Pernah mengalami kekalahan di dalam PRU pada tahun 1969, 1990, dan 1999. Tapi oleh kerana terlalu lama berkuasa, mereka merasakan negara ini beserta hasil mahsulnya milik mereka sejak dari dulu hingga ke cucu cicit.

Benih-benih penyelewengan beserta korupsi bermula pada zaman Madey, PM ke-4. Lahir pula kronisme, nepotisme, amalan politik wang, yang kemudiannya membarah sehingga hari ini, dan sukar untuk dibendung atau dihapuskan. Bermula pada zaman itulah mahkamah, polis, BPR, dan lain-lain menjadi talibarut pemerintah. Amalan demokrasi pula semakin ditindas. Dan semua perkara negatif ini berkembang dan bertambah ketara semenjak kemenangan besar UMNO/BN pada 2004, dan di bawah pemerintahan Dollah Badawi. Segala kepincangan yang berlaku di dalam negara ini, bermacam-macam isu, barang naik, indeks jenayah meningkat, menyebabkan rakyat sudah mula menjauhkan UMNO/BN. Tengok sajalah rasuah beserta politik wang yang berlaku di dalam UMNO menjelang Perhimpunan Agung. Calon yang didapati mengamalkan politik wang dibenarkan bertanding, serta masih lagi kekal menjadi Ketua Menteri.

UMNO sekarang ini mempunyai Ketua Pemuda yang rasuah, dan tidak terpilih menganggotai kabinet. UMNO semakin suram, terutama sayap Pemudanya. Gagal menambat hati pengundi muda, yang majoritinya lebih cenderung kepada parti haluan kiri. Pemuda UMNO tidak lagi segah seperti mana zaman Dato' Harun Idris dan juga pada zaman Anwar Ibrahim pada tahun 80-an (foto). Mohd Ali Rustam, dibuktikan rasuah, dan tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden, tetapi PM masih lagi membenarkannya mengetuai negeri Melaka. Di mana maruah UMNO Melaka? Berketuakan seorang perasuah.

UMNO sekarang ini sudah tidak relevan, Kalau dahulu, di mana-mana Pilihanraya Kecil, pasti mereka akan menang, sekarang, tengok sajalah, semenjak kalah teruk pada PRU ke 12, mana-mana PRK di adakan di semenanjung, BN pasti akan menemui kekalahan. Sekarang tidak mahu bertanding di Penanti, takut kalah. Bekas tahanan ISA, yang merupakan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan, baru saja mengugut mahu letakkan jawatan, cepat-cepat kerajaan membebaskannya daripada ISA, takut PRK diadakan di sana pula. Isu Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan, mana ada lagi pemimpin UMNO yang menyuruh dia meletakkan jawatan, kerana bimbang akan berlaku pula PRK di sana! Di Perak? Mereka akan sedaya upaya memastikan agar DUN tidak dibubarkan, walaupun pemimpin Gerakan, beserta Timbalan Presiden MCA Chua Soi Lek, dan juga bekas pemimpin UMNO sendiri, Ku Li bersetuju agar DUN dibubarkan.

UMNO sudah menuju ke zaman kehancuran, mereka sudah tidak lagi mahu diterima oleh rakyat. Menunggu masa saja untuk ditalkinkan. Bahtera yang gah satu ketika dulu sudah bocor di sana-sini, dan akan tenggelam pada bila-bila masa, umpama kapal Titanic!

6 comments:

Anonymous said...

mai kita pakat pulun umno kat penanti nanti!!! hehehe...takbir!

Anonymous said...

Betulkah Arwah Fadhil Noor pernah berdoa begitu? Apakah itu bermakna Ustaz Fadhil tidak tahu bahawa pokok dan tumbuhan serta batu bata sentiasa bertasbih kepada Allah? Adakah pokok atau tumbuhan yang kufur kepada Allah?

Harap berhati hati membuat nukilan dan semoga anda tidak lupa bahawa anwarlah penyubur politik wang semasa dalam ameno, dia sudah hampir berjaya menghancurkan ameno..dan PAS sedang berada di dalam percaturannya!!!

Anonymous said...

Aku senghaja menghantar 2..3 posting di ruang komen sekadar memeriahkan blog kamu.

Nampaknya mentor ko sudah menyepikan dirinya sejak posting ko membuat penjelasan. Dan link blog ko juga sudah 'dihapuskan' dari blognya. Apakah anda tidak pandai 'melayan'nya semasa berkunjung ke tempat dia 'meminta sedekah'? atau dia cemburu anda boleh menulis lebih baik darinya? atau anda mungkin belum faham emosi seorang bap**!!

Tidakkah kamu berminat untuk melihat kononnya ada 10 email yang dihantar kepadanya yang mennegur sikap 'keras' penulisan ko? atau hanya gebang? Anda percaya dia ada kawan kawan dari reformis?? Mintalah dia buktikan, hanya dengan redirect email yang diterimanya itu.

Teruskan 'bermain'.. kerana dalam permainan ini akan ada pengajaran bagi mereka yang mahu berfikir dabn mahu mencari identiti diri.

~Salam.

Reformis Jalanan said...

Terima kasih sajalah wahai manusia dari bawah bayu...aku tak berminat. TQ 4 the comments..

Reformis Jalanan said...

bukan arwah ust fadzil tak tahu, dia alim, mestilah tahu, cuma dia berkata begitu sebagai sindiran kepada orang yang tak mahu mendekatkan diri kepada perjuangan Islam. Harap maklum. Itulah cerita yg aku dengar.

Anonymous said...

Saya sangat suka situs Anda. Excellent konten. Silakan lanjutkan posting cotent mendalam tersebut.