Semalam, Perdana Menteri, Najib Tun Razak berkata di dalam sidang medianya, BN tidak akan meletakkan calon di PRK Penanti, dengan meletakkan 3 alasan;
1. Kekekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
2. Pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
3. BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.
Ulasan : Bukti BN takut untuk menghadapi pilihanraya kecil di Semenanjung selepas kalah teruk di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, dan Bukit Selambau. Tapi tak mustahil mereka akan menaja calon Bebas untuk menentang calon PKR di Penanti. Semua jentera dan petugas PAS di seru mengerahkan tenaga untuk menghadapi PRK di sana.
UMNO/BN sudah semakin tidak relevan. Hanya satu-satunya survivor mereka ialah di Sabah dan Sarawak. Kalaulah PRK diadakan di sana, memang sah awal-awal lagi BN letakkan calon, seterusnya mencabar pembangkang untuk menyertainya. Mereka takut untuk buat Pilihanraya di Semenanjung, tengok saja Perak, sampai bila hendak ditunggu supaya DUN dibubarkan? Mereka akan buat apa saja untuk memastikan diri mereka terus berkuasa. Tapi keadaan ini tidak akan bertahan lama. UMNO selangkah demi selangkah menuju kehancuran.
Pasti ramai yang menggigit jari, maklumlah tempat PRK ni lubuk wang, banyak projek mee segera, kempunan semuanya nak merasa nikmat itu.
3 comments:
Akhirnya Najib bertindak bijak. Bertanding atau tidak di Penanti tidak mendatangkan sebarang impak kepada pentadbiran Negeri atau Negara kerana kerusi itu memang milik PKR, sekadar ajenda Anwar untuk menolak fairuz dan mendapatkan muka baru untuk TKM.
Apa perlunya ameno bertanding? Untuk merampas satu kerusi? Apakah ameno boleh memerintah PP kalau menang satu kerusi itu?
Kerancakkan PRK selama ini adalah kerana ameno mahu mengikut rentak yang dimainkan oleh Anwar.
Hari ini ameno sudah tidak mahu melayan rentak pembangkang. Buatlah, kempenlah, ceramahlah sesuka hati .. sama sama kita saksikan rancak atau tidak PRK kali ini atau terpaksa syok sendiri.
Aku terpaksa memuji Najib dengan keputusannya itu. Akhirnya PKR akan bertempur dengan calon wanita bekas PKR .. agaknya macam mana bunyi ceramah sepanjang kempen itu kelak??
ada orang yang sudah mendahului di chat box.
Tepat saranannya itu supaya tajuk In the name of Democracy sepatutnya ditukar ke In the name of God atau lebih khusus In the name of Allah.
Sejak dari awal aku mahu menegur, tapi aku masih mahu melihat rentak permainan kau sebelum membuat teguran itu, kerana aku belum nampak dan jelas akan syaksiah penulis!
Di sana ada potensi yang perlu digilap!!
tak mengapalah, terima kasih kerana teguran. aku tahu apa yang aku lakukan, akumasih lagi waras. TQ.
Post a Comment