Satu lagi ialah, baru-baru ini penulis pergi melawat Jamil di Bukit Bintang, Jamil ialah author http://bbcatlover.blogspot.com/ . Sewaktu penulis sampai di sana, Jamil menceritakan kepada penulis, ramai yang hantar e-mail kepadanya tentang sikap penulis, yang tiba-tiba saja kuat "menghentam" Anwar Ibrahim. Kira-kira 10 e-mail sampai kepada Jamil, yang semuanya adalah reformis-reformis yang bergiat aktif semasa era reformasi dahulu, cuma mereka itu tidak menonjol. Jamil memberitahu penulis, dia menjelaskan kepada kawan-kawannya itu bahawa kami (penulis dan Jamil) jenis straight to the point, tak kira siapa, kalau salah kami akan tegur. Terima kasih atas penjelasan itu.
Cuma penulis ingin memberitahu, bukankah penulis sudah "iklan" di mana-mana, kalau ada yang mahu komen, atau bantah terhadap blog ini, boleh hantar e-mail kepada penulis, tak perlulah e-mail kepada orang lain untuk minta penjelasan, tanya saja tuan punya blog ini, bolehlah kita sama-sama ber"muzakarah". Ok, tentang Anwar Ibrahim, penulis hanya ingin kata tentang dia, Anwar ini hanyalah seorang manusia biasa, juga melakukan kesalahan, tak perlulah seolah-olah menganggap dia seperti dewa, tak pernah lakukan kesalahan, sepertimana kelakuan penyokong-penyokongnya pada 11 tahun lalu. Yang penulis kuat mengkritik hanyalah sikapnya, yang terlalu suka mengamalkan poilitik gempar (cth; gimik 916, pengumuman gempar itu dan ini), politik yang berubah-ubah, seperti politik Islam (di zaman ABIM), politik sekular (di zaman UMNO), dan sekarang, terjun pula ke lubuk liberalisasi (PKR). Mana ada dia semasa dalam UMNO dulu berani nak melaungkan slogan "Ketuanan Rakyat", kerana sikap kemelayuannya yang agak kuat pada waktu itu. Dalam UMNO dulu dia mana berani nak melaungkan "Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan". yang penulis dengar slogan itu ialah selepas dia diterajang oleh Madey semasa tahun 1998.
Alasan penulis mengorek dan mengeluarkan fakta yang dulu-dulu hanyalah sekadar untuk

Jangan salah faham, penulis juga penyokong kuat PR. Cuma penulis ini mengkritik, supaya kita semua kearah yang lebih baik. Jangan ketepikan pengkritik, dan hanya ambil orang yang tahu memuji saja.
6 comments:
Askm sdrku serp
Pada jamil satu je. itu hak sdr untuk menulis,atau apa sahaja. tapi ku jamil aku tak suka mengingati perkara lama. bukan aku tak tahu hal hal itu.bukan mataku buta tentang hal hal itu.tetapi apa gunanya. kita ke depan .persetankan yang lepas. kita dah tahu seseorang itu balakong. tetapi dia kata dia nak jadi balakeng .kita tengok. kalau dia betul berubah kita support.tapi kalau dia hanya berlakong baru kita hentam. sebab kita dalam pakatan kita bersatu teguh.jika tidak Barisan ansional terutamanya UMNO akan mencanangkan yang ahli pakatans endiri pun tak suka. then di mana kita nak dapatkan kepercayaan orang. kita penulis blog juga penyokong,pendokong kuat pakatan.jadi saya cuma berharap kita jangan membusukan pemimpin kita.contoh saya penyopkong pakatan belah keadilan saya tidak akan sama sekali menghentam pemimpin pas atau dap. sebab saya belah keadilan. tapi saya berhak untuk menegur pemimpin belah saya iaitu keadilan. sdr belah pas. sdr berhak untuk menegur atau mengutuk pimpinan pas. tetapi adalah tidak elok sdr menegur pemimpin yg bukan belah sdr.
Seperti yang saya katakan di bukit bintang mengkritik ada caranya.ada gayanya.
salam hormat
jamilkucing
Yang boleh menjawab kemusyikilan sdr terhadap Anwar dgn tepat ..hanya arwah Ust Fadhi Nor.
Sebenarnya banyak rahsia antara mereka berdua dan hanya orang tertentu yg tahu. Strategi dan muslihat menentang musuh tak perlu ramai yg tahu....!!!
Saya... kalau boleh sedaya upaya cuba menutup aib rakan-rakan seperjuangan pimpinan PAS dll.
Apa faedah? Dalam peperangan musuh kita adalah satu...iaitu... UMNO laknatullah.
Saya ulangi ..banyak perkara sdr tak tahu....kalau tak tahu...bertanya kpd yg tahu...!!!
Ambil masa baca arkib blog Anwar....persoalan sdr itu sudah pun dijawab...lebih 2 tahun dahulu....!!!
Wallahualam.
Terima kasih atas pandangan saudara sekalian. Baiklah mari kita maju ke hadapan, jika ada salah silap mari sama-sama tegur. Terima kasih atas nasihat dan pendapat saudara sekalian.
Oh dan satu lagi, buat sdr Jamil, saya bukannya ahli mana-mana parti, PAS pun tidak, walaupun nada saya ini seakan-akan orang PAS. Buat pengetahuan sdr, pemimpin PAS pun banyak saya kritik, sdr tak tahu, terutamanya di Terengganu. Saya akan kritik pemimpin mana-mana parti tak kira PAS, PKR, DAP< UMNO, dll kalau saya rasakan perbuatan mereka memang tidak betul. Ok. Kita ada hak kebebsan untuk berhujah, cuma jangan buat pemimpin kita seolah-olah malaikat, tak bolah nak "sentuh" sikit, dah bising-bising bak membela.
bgs...buah fikiran yg berkualiti dan kritikal bermula pd usia muda. teruskn perjuangan.
Tak mengapa sdr belah aman pun.pada saya waaemah sdr kata tak menyokong mana-mana pun yg nyata sdr belah pas itu sahaja. mana boleh pokok berdiri tanpa akar sdr. saya tengor sdr sekarang melebelkan sdr sebagai penulis. soalan saya dakah sdr menggangap diri sdr seorang blogger. sedangkans dr masih baru dalam arena politik. jgn sdr .nanti orang ketawakans dr. saya nasihat sebagi kawan rapat.orang ketawakan saya kerana fithnah.tetapi orang ketawa sdr kerana sdr tak tahu.
Saya walaupun mula menulis dan mengkritik dalam internet sejak zaman reformasi .saya tidak menggangap diri saya blogger atau penulis.saya hanya mansuia yg suka menyebarkan maklumat.dan melepaskan apa yg terpendam.itu sahaja. kita jangan cepat berubah nanti orang pandang rendah dengan kita sdr.
Biuar kita pelahan tetapi bermakna daripada cepat tapi kosong. apapun terpulang kepada sdr. saya tiada hak untuk mengarah cuma boleh memberi pandangans ebagai orang lama.
that it.
Post a Comment