Thursday, May 28, 2009

Menjelang Muktamar



Pada bulan depan berlangsunglah Muktamar Tahunan PAS ke -55 yang diadakan di Stadium Melawati. Kali ini kita saksikan banyak muka baru dicalonkan dan juga untuk mengisi kerusi pimpinan tertinggi. Jawatan-jawatan utama sudah selesai pemilihannya. Bagi sayap pemuda, Ustaz Nasaruddin Tantawi menang tanpa bertanding apabila lawannya, Zaki Ibrahim menarik diri. Selain itu, Azman Shapawi dan Ahmad Sabki Yusof juga menang tanpa bertanding dalam jawatan Timbalan ketua dan Naib ketua.
Bagi kerusi Dewan Ulama' pula, Ustaz Harun Taib (Manir) menang tanpa bertanding apabila penyandangnya Ustaz Mohamed Daud Iraqi menarik diri. Usatz Ahmad Yaakob dan Mahfodz Mohamed juga menang tanpa bertanding untuk jawatan Timbalan dan Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat. Dalam Dewan Muslimat pula. berlaku pertandingan 2 penjuru di antara penyandang, Ustazah Nuridah Salleh dan Ustazah Asiah Ali. Timbalan Ketua Muslimat pula, Siti Zailah Yusof menentang Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan. Dan bagi jawatan Naib Presiden, asalnya terdapat 16 nama yang dicalonkan - yang merupakan jumlah yang tertinggi di dalam pemilihan, tetapi 11 daripadanya menarik diri sebelum pencalonan ditutup. Yang tinggal bagi mengisi jawatan Naib Presiden ialah Sallahuddin Ayub, Ustaz Nik Amar, Mujahid Yusof Rawa, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Mahfuz Omar. Ustaz Ahmad Awang menarik diri daripada jawatan Naib Presiden, dan Ir. Nizar Jamaluddin, menolak Naib Presiden dan hanya mahu bertanding bagi jawatan AJK PAS Pusat sahaja, bagi menumpukan terhadap kes mahkamah. Dan akhir sekali, jawatan Timbalan Presiden PAS. Seramai 3 calon menawarkan diri untuk membantu Presiden PAS yang menang tanpa bertanding. Iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa (penyandang), yang memperolah 68 pencalonan, Husam Musa, 28 pencalonan, dan Mohamad Sabu, 26 pencalonan.
Pada mulanya Husam dilihat mahu menarik diri, kerana pencalonan yang diperolehinya kurang daripada separuh, mungkin akibat dicucuk oleh orang tertentu, maka dia memutuskan mahu juga bertanding merebut kerusi itu. Mohamad Sabu pula mengatakan, walau apa pun terjadi dia tetap mahu bertanding jawatan itu. Nampaknya kerusi yang menjadi tumpuan tentulah kerusi nombor dua ini. Muktamar pada kali ini pasti meriah, dengan muka-muka baru, dan pasti timbul pelbagai isu untuk dibahaskan, antaranya tentang status Kelab Penyokong PAS, yang menuntut keahlian. UMNO pastinya tertunggu-tunggu kerana pada mereka PAS mempunyai konflik dalaman. Sorrylah, PAS tak macam UMNO ok! Dalam pencalonan di peringkat cawangan atau kawasan/bahagian, calon yang bertanding tak perlu mengeluarkan duit satu sen pun, dan semua boleh menawarkan diri untuk bertanding. Tak macam UMNO, pemilihan di peringkat cawangan pun ada sogokan, lepas tu siap ada yang bertumbuk lagi, sehingga FRU dikerahkan untuk mengawal mesyuarat cawangan tersebut. Hahaha! Contoh yang lain iaitu di UMNO Bahagian Seremban, di sana lagi hebat, sehingga ada adegan membaling kerusi. Nasib baiklah kerusi plastik, kalau kerusi besi, patahlah gigi..
PAS tak ada pergolakan macam UMNO, setiap masalah diselesaikan melalui musyawarah. Kalau UMNO, pasti ada percakaran, Rafidah Aziz menghentam Shahrizat Jalil, calon dibuktikan rasuah, jadi UMNO pun berharap perkara sebegitu terjadi kepada PAS, tak cukup lagi menimbulkan isu fitnah yang mengatakan di dalam PAS terdapat 2 kumpulan, iaitu Erdogan dan Erbakan, yang berbeda pendapat, dan pendirian. Fitnah dan UMNO ini memang dah sebati. Mereka tu sebenarnya tak tahu menggunakan akal, kerana terdapat golongan Ulama' dan Profesional lah yang merupakan ramuan bagi PAS untuk terus bertahan, dan menjadikannya parti yang lain daripada yang lain. Cuma mengenai salah seorang calon saja, yang cuba dibongkarkan oleh seorang penulis dan juga blogger, iaitu MSO, yang cuba membuat pendedahan tentang Husam Musa. Kita lihat saja. Mungkin dia nak menghalang jawatan Timbalan Presiden itu tidak bertukar ke tangan Husam.

0 comments: