
Sekarang dapat kita lihat realiti kehidupan sekarang ini, di mana umat Islam tidak lagi bersatu padu, umumnya di negara luar, dan khususnya di dalam negara kita sendiri, Malaysia. Sudah ramai pihak menyuarakan pandangan mereka, menyeru supaya umat Islam bersatu padu. Kita perhatikan dunia luar, di sana-sini umat Islam dihina, dan ditindas. Agama Islam sewenang-wenangnya di pandang rendah, baik dari orang kafir, mahupun orang Islam sendiri. Dari sudut akidah, banyak berlaku perpecahan, dengan berbagai-bagai mazhab dan fahaman. Bahkan sesama mereka ada yang berkelahi dan saling kafir-mengkafir. Dalam negara kita pula, umat Islam dan Melayunya ada berbagai-bagai ideologi, yang mana hampir mustahil bagi mereka untuk bersatu.
Saya selalu terfikir, tiada jalan lainkah selain dari perpaduan? Di Malaysia sendiri pada

Perpaduan sesama masyarakat Islam dinyatakan secara jelas di dalam Al-Qur'an, surah al-Imran ayat 103. Sebenarnya keutuhan perpaduan sesama masyarakat Islam tidak akan tercapai, kecuali selepas terlaksana beberapa prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia dimantapkan lagi melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti sayang menyayangi, bersikap toleransi dan lain-lain lagi.
Sekarang ada sesetengah orang mulai menyeru supaya parti politik Melayu di Malaysia bersatu. Iaitu PAS dan UMNO. Kononnya demi kepentingan orang Melayu itu sendiri. Bagi saya, kalau melihat keadaan sekarang, UMNO dan PAS tak mungkin bersatu, melainkan UMNO b
Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sendiri pun seakan fobia apabila mendengar pergabungan PAS dan UMNO, kerana beliau masak benar dengan perangai UMNO, kerana PAS pernah berpakat dengan UMNO pada 1974 sehingga 1978. Tujuan PAS menyertai gabungan bersama UMNO pada lebih 30 tahun dahulu pun hanyalah berharapan supaya dapat mengubah UMNO dari dalam,sekaligus berpakat untuk menubuhkan negara yang mengamalkan syariat Islam. Ternyata pandangan Dato' Asri salah. Sepanjang bersama UMNO selama 4 tahun, hanya satu saja perubahan berimejkan Islam yang berjaya dibuat, iaitu menukar lambang palang merah kepada bulan sabit merah di ambulans. Adapun tentang cadangan Presiden PAS berkenaan dengan kerajaan perpaduan, ianya langsung tiada sangkut paut dengan bergabung dengan UMNO.
Saya tidak nafikan, memang perpaduan itu sangat penting, tapi apa boleh buat. Lihatlah di luar negara, gara-gara tidak sebulu di antara Sunni dan Syiah, golongan kafir mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan mereka. Perpaduan memang penting, kerana nabi pernah bersabda, "Umat Islam umpama satu binaan," . Apakah penyelesaiannya? Disebabkan berbeda fahaman politik, penyokong-penyokong bawahan sanggup bergaduh sesama sendiri dan bermasam muka, serta tidak bertegur sapa. Yang paling ketara ialah di antara penyokong PAS dan juga UMNO. Jadi, apa penyelesaiannya?

Pendapat saya, satu saja - iaitu bolasepak! Jika menonton perlawanan bola sepak, pasti penyokong d

Agaknya, ini sajalah jalan untuk menyatupadukan orang PAS dan UMNO (untuk sementara!) :p
"Kita Muslim sibuk membincangkan apakah kita wajar mendekap tangan atau meluruskan tangan ketika bersolat, sedangkan musuh Islam membincangkan bagaimana untuk memotong tangan kita orang Islam," - Almarhum Ayatullah al-Uzma Imam Khomeini, pengasas Revolusi Islam Iran 1979.
1 comments:
membuatkan sy senyum sendirian :)
Post a Comment