
Semalam Haji Nizar Jamaluddin girang seketika hatinya, tatkala kembali bertugas seperti biasa sebagai MB di pejabatnya. Namun kegembiraan itu hanyalah selama 19 jam sahaja, apabila rayuan yang dikemukakan oleh pihak BN kepada Mahkamah Rayuan telah diterima, dan Mahkamah Rayuan memutuskan untuk menangguh keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Wajah Haji Nizar kembali sugul, memikirkan ke mana perginya keadilan, dan juga memikirkan nasib dan kepentingan rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Inilah macam-macam usaha yang dimainkan oleh BN untuk menghalang YB Nizar menghadap Sultan Perak untuk meminta perkenan bubarkan DUN, kerana mereka tahu, kalau DUN dibubarkan, alamat terlingkuplah mereka. Tapi sampai bila mereka nak bertahan macam tu, lambat laun DUN akan dibubarkan juga, menjelang PRU-13 nanti. Mereka hanya mementingkan diri, tak fikir tentang perasaan rakyat Perak, yang mahukan pentadbiran negeri berjalan dengan lancar. Memang satu-satunya jalan penyelesaian ialah, bubar DUN! Kalaulah Sultan Azlan Shah memperkenankannya lebih awal, tentu krisis ini tidak lagi berlanjutan, serta menyusahkan ramai pihak.
( lanjutan caca marba di Perak , http://pemerhatiansaya.wordpress.com/ )
0 comments:
Post a Comment