Thursday, May 14, 2009

KETUA PEMUDA



1. Beberapa hari lepas merupakan pemilihan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan. Bekas ketuanya Zaki Ibrahim (ADUN Kelaboran) melepaskan jawatannya untuk bertanding di peringkat pusat.


2. Calon bagi menggantikan Zaki ialah timbalannya sendiri, iaitu Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, dan Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman. Kedua-duanya merupakan anak kepada tuan guru.


3. Dalam pemilihan yang diadakan, Nik Abduh kalah kepada Abdul Latiff dengan majoriti 22 undi. Nik Abduh memperoleh 56 undi, manakala Abdul Latiff memperoleh 78 undi.


4. Bagi penulis, keputusan ini ada dipengaruhi oleh kenyataan Zaki Ibrahim yang menempelak Nik Abduh kerana postingnya di blog tentang kerja-kerja jahat pembantu-pembantu Nik Aziz.


5. Zaki Ibrahim dipercayai bergabung dengan kem Abdul Latiff. Kekalahan Nik Abduh sudah dijangkakan, apabila beberapa jam sebelum keputusan diumumkan, Nik Abduh tidak kelihatan.


6. Kekalahan Nik Abduh juga dipercayai akibat daripada kenyataan beliau di blog http://nikabduh.wordpress.com/ yang agak kontroversi dan dianggap negatif oleh kumpulan tertentu.


7. Di peringkat pusat pula, calon yang berminat untuk mengisi kerusi kosong yang ditinggalkan oleh Sallahuddin Ayub ialah Ustaz Nasaruddin Tantawi dan Zaki Ibrahim.


8. Kemungkinan pertarungan di antara keduanya akan menjadi sengit kerana Ustaz Nasaruddin Tantawi merupakan penyokong kuat Nik Abduh mengenai kenyataan beliau di dalam blog, dan juga merupakan penyokong Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang.


9. Penulis bersetuju agar Ustaz Nasaruddin Tantawi mengisi kerusi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, biar kerusi itu diisi oleh golongan ulama', bagi menggantikan kerusi Timbalan Presiden yang bukan ulama'. Ini kerana bagi kerusi Timbalan Presiden, hanya 2 calon yang popular, iaitu Mohamad Sabu dan Husam Musa, kedua-duanya bukan dari golongan ulama'. Jadi penulis bersetuju agar kerusi ketua pemuda diisi oleh seorang ulama'.


10. Selamat bertanding diucapkan. Terimalah apa jua keputusan yang diumumkan.



Artikel tambahan di http://pemerhatiansaya.wordpress.com/

1 comments:

pangi anti perkasa said...

menyesal x skrg? haha