Penulis dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa Melayu, beragama Islam. Buktinya ada di dalam kad pengenalan. Tapi, pada hari ini, penulis akui penulis malu kerana menjadi melayu, kerana melihat perangai serta karenah orang yang sebangsa dengan penulis, dan sikap ini tentunya tidak akan berubah, keran ia telahpun sebati dengan bangsa melayu itu sendiri. Sedarlah bangsaku! Inilah buktinya :
1. Penulis malu apabila melihat beberapa orang yang berwajah melayu, dengan kasarnya merentap serta mengheret speaker sah Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar. Lagak mereka seperti babi hutan (penulis meminjam istilah daripada blogger tokpepijat.blogspot.com), menyondol apa saja di depan asalkan mendapat perkara yang dikehendaki.
2. Dan penulis bertambah malu apabila melihat lagak ADUN Sungai Rapat yang berbangsa Melayu, lagaknya seperti perempuan sundal (Hamidah Othman) apabila berada di dalam Dewan Undangan Negeri Perak, serta pernah mengeluarkan kenyataan, "
apabila kami terjumpa seekor ular dan seorang India, kami dikehendaki membunuh India itu dahulu,". Begitu juga apabila melihat gelagat Zambry yang gelojoh merogol demokrasi di Perak. (eh silap Zambry itu bukan Melayu, tapi mamak!)
3. Penulis lagi malu apabila anggota polis yang 100% Melayu tanpa segan silu menangkap orang yang tidak bersalah di hadapan bangunan SUK Perak, merentap tangan orang yang sedang minum kopi di warung, dan dengan kasarnya mengheret ADUN-ADUN serta Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Zuraida Kamaruddin, Sallehuddin Ayub, Tian Chua dan Janice Lee). Mereka agak suka menjadi anjing suruhan agaknya.
4. Orang Melayu akan tergugat iman apabila menerima RM 200 serta sehelai kain apabila tibanya musim mengundi.
5. Jangan salahkan pendatang asing yang terlalu ramai di negara ini, kerana ia berpunca daripada sikap orang Melayu itu sendiri, memilih kerja, tak mahu gaji rendah, pentingkan kemaluan, malu apabila kerja sebagai buruh binaan, angkat barang, cleaner, berniaga di pasar, ini semua pasal sikap orang Melayu yang tahu berlagak, sikap ibu bapa melayu yang menanam di dalam diri anak-anak mereka bahawa bila besar nanti
WAJIB menjadi doktor, engineer, businessman, tokey besar, kerja di dalam pejabat, berhawa dingin.
6. Mudah saja menerima apa saja unsur yang dibawa dari Indonesia. Filem, lagu, drama, walaupun kebanyakannya adalah mengarut dan bodoh, tapi rela menghabiskan masa demi menikmati semua itu.
7. Sikap orang melayu yang ketara - iaitu dengki-mendengki. Bila tengok orang lain dapat kesenangan, mulalah menanam hasad dengki di dalam diri, dan berusaha untuk menjatuhkan orang itu, walaupun orang tersebut merupakan kerabat keluarga sendiri, kawan, ataupun jiran tetangga.
8. Bila cakap bahasa Inggeris sikit, mulalah mengejek-ejek, cara sebutan salahlah, ayat terbalik lah, bau budulah, inilah puncanya bangsa melayu tak maju-maju.
9. Cuba perhatikan bangsa lain, atau negara luar, ada tak mat rempit?
10. Cuba lihat dan perhatikan pula cara orang melayu berniaga - acuh tak acuh dalam menerima pesanan (kedai makan), kerja tak cekap, muka masam, layanan kurang mesra - hanya boleh didapati di restoran atau warung melayu.
11.
Menolak bahawa Allah itu Maha Pemberi Rezeki. Buktinya, hati akan resah apabila melihat anak-anak tidak punya sijil diploma atau ijazah, seolah-olah benda itu satu kewajipan - kerana pendapat mereka - susah nak cari makan kalau tak ada benda itu, sedangkan mereka tahu, yang menurunkan rezeki itu ialah Allah, bukannya segulung diploma atau ijazah, tapi mereka menolaknya! - jangan kamu semua nak menafikannya, wahai melayu.
12. Di kalangan ibu bapa, mereka langsung tidak mengawal anak-anak mereka yang sudah meningkat remaja, kerana alsan mereka, "diorang sudah pandai jaga diri," - kalau ada apa-apa terjadi, barulah riuh rendah satu dunia.
13. Cuba perhatikan, bayi-bayi yang baru lahir yang dibuang di dalam semak, tong sampah, tepi masjid, tepi sungai - bayi-bayi dari bangsa mana itu?
14. Pengedar dan penagih dadah berbangsa Melayu, sedangkan tokey dadah adalah daripada bangsa Cina, yang kena tangkap adalah melayu, sedangkan tokey nya terlepas tak ditangkap.
15. Yang terakhir, turut memalukan. 15 tahun lepas, kes Ketua Menteri Melaka, Ketua Pemuda UMNO, Rahim Tamby Chik ada skandal dengan gadis bawah umur, mana dia orang melayu? Siapa yang bela gadis tu sehingga ditangkap, dipenjara?? Lim Guan Eng (cina DAP). Mana dia pemimpin melayu yang lain? Kenapa mesti orang cina yang menyelamatkan maruah anak melayu? mana dia Anwar Ibrahim pada waktu itu?
Kesimpulannya, inilah sikap atau perangai orang melayu yang penulis sangat kesalkan. Boleh berubah ke? Bagi penulis, tidak sama sekali.