Saturday, May 30, 2009

Sejarah Yang Digelapkan

Sekarang ramai orang sibuk bercakap mengenai Chin Peng dan juga komunis. Ini disebabkan oleh cadangan daripada salah seorang daripada pemimpin parti Gerakan yang mencadangkan supaya Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia. Kebanyakannya dilihat seperti tidak setuju. Orang-orang tua ditemuramah tentang kejahatan dan kekejaman komunis. Pemimpin politik ada (UMNO) membantah cadangan itu, takut sejarah hitam kembali semula.


Benarkah komunis (PKM) adalah pengganas? Sejarah tak boleh dipandang sebelah pihak saja. Sejarah patut dikaji daripada sumber yang berlainan. Dan apa yang saya ingin jelaskan dan juga tegaskan, sejarah mengenai kemerdekaan negara ini telah dihitamkan. Cukuplah saya ditipu semasa saya masih belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu. Di dalam kepala kami ditanamkan bahawa UMNOlah yang bertungkus lumus memperjuangkan kemerdekaan negara ini.


Mengenai Chin Peng, tidaklah dinafikan bahawa matlamat asalnya adalah salah, iaitu mahu menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu. Dan mengenai tuduhan mengenai Bintang Tiga itu juga pengganas, itulah sejarah yang telah diubah oleh British dan juga UMNO. Di dalam Parti Komunis Malaya (PKM), juga terdapat tentera yang terdiri daripada anak-anak Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan, menghalau British laknatullah daripada negara ini, dengan mengangkat senjata, iaitulah Rejimen Ke-10, pimpinan Abdullah CD dan Rashid Maidin.


Asalnya, Rejimen Ke-10 merupakan bekas daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BTM), dan lain-lain parti politik yang diharamkan oleh British pada 1948. Mereka tidak mempunyai pilihan atau "platform" yang lain untuk memperjuangkan kemerdekaan, selain daripada bergabung dengan komunis, berjuang secara gerila, mengangkat senjata, dan memerdekakan tanah air kita dengan darah.


Apa punca parti berhaluan kiri diharamkan oleh British? Semuanya gara-gara UMNO! UMNO yang menghasut British supaya diharamkan parti yang berhaluan kiri, dan menahan pemimpin-pemimpin mereka. UMNO takut sokongan yang diperoleh terhadap mereka berkurangan, kerana mereka bukan memperjuangkan kemerdekaan. UMNO hanya menukar slogan daripada "Hidup Melayu" kepada "Merdeka" pada 1950. Sedangkan yang melaungkan slogan "Merdeka" terlebih dahulu adalah PKMM.


Mereka tiada jalan lain untuk menghalau penjajah selain daripada berpakat dengan komunis. Tentang komunis berbuat kejam semasa tempoh 2 minggu selepas Jepun menyerah kalah, ada 2 sebab, pertama, ia dilakukan oleh segelintir Bintang Tiga yang agak radikal, mungkin mereka berdendam terhadap orang-orang yang menjadi talibarut penjajah. Dan yang kedua, ia dilakukan oleh satu lagi puak komunis, iaitu Kuomintang (Bintang Satu).


Kuomintang merupakan parti nasionalis komunis yang berasal daripada negara China, kemudian pengaruhnya dikembangkan hingga ke Tanah Melayu. Kadang-kadang Kuomintang ini menyamar menjadi Bintang Tiga, bertujuan supaya Bintang Tiga dimusuhi. Ramainya yang mati di tangan komunis dulu, perlu kita ingat bahawa zaman itu merupakan zaman perang, jadi tak dapat dielakkan kadang-kadang orang yang tidak bersalah pun akan dibunuh, kerana sesiapa saja yang disyaki menjadi talibarut British, biasanya akan diminta menyerah diri, ataupun mati.


Ramai orang Melayu pada ketika itu lebih rela menjadi barua kepada penjajah yang kafir, termasuk polis. Itulah sebabnya mengapa Balai polis Bukit Kepong diserang, polis-polis tersebut diminta menyerah diri, tetapi mereka enggan, jadi Bintang Tiga termasuk Rejimen Ke-10 terpaksa menyerang, untuk mendapatkan bekalan senjata dan peluru. Semua ini semata-mata mahu membebaskan Tanah Melayu dengan sepenuhnya daripada pengaruh British laknatullah. Tidak ada negara di dalam dunia ini memperoleh kemerdekaan melalui rundingan, kecuali Malaysia. Itu bukannya merdeka, kerana Malaysia masih lagi mengekalkan undang-undang yang digubal oleh British! Tunku Abdul Rahman menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh British, termasuk menghapuskan PKM! Inilah kemerdekaan dicapai dengan cara pondan.


Rundingan Baling pada 1955 diantara Tunku Abdul Rahman dan PKM gagal kerana, Tunku meminta PKM menyerah diri dan ditahan, atau mati. Jadi, PKM tidak boleh menerima syarat itu, dan memilih untuk terus berjuang. Kenapa Tunku membuat syarat sebegitu? Kerana British laknatullah mendesak! UMNO juga adalah warisan daripada British. UMNO meneruskan tradisi British, menggelapkan sejarah, dan mendabik dada seolah-olah dialah pejuang kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman asalnya adalah Pegawai Daerah yang berkhidmat untuk British, ikut budaya British, kuat minum arak, Dato' Onn pula, adalah Bekas MB Johor yang menjadi pencacai dan anjing suruhan kepada British, begitu juga Tun Abdul Razak, juga adalah D.O yang berkhidmat di bawah British, jadi dapat disimpulkan mengapa hanya UMNO saja tidak diharamkan pada 1948!!


Tugu melawan British tak dibuat, sebaliknya hanya membina tugu melawan komunis (tugu negara). Kesiannya pejuang dahulu yang dituduh pengkhianat kepada negara, hanya semata-mata bekerjasama dengan komunis, seperti Allahyarham Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestamam, Kamarulzaman Teh, Ibrahim Chik, Abdullah Che Dat (CD), Mat Amin, Mat Indera, Rashid Maidin, dan lain-lain. Ada anak-anak Melayu dan orang-orang Melayu mengenang mereka ini?!


Ada diantara mereka kecundang di tangan British kerana dikhianati oleh orang Melayu sendiri. Tak hairanlah kenapa orang Melayu ada yang dibunuh oleh komunis. Mat Indera contohnya, beliau adalah seorang pahlawan tulin, tinggi ilmu agamanya, tetapi dikhianati oleh orang sekampungnya yang merupakan pegawai Home Guard, iaitu Haji Misbah (laknatullah), dengan melatakkan serbuk pelali di dalam kopi yang diminum oleh Mat Indera, akhirnya, nyawa Mat Indera melayang di tali gantung.


Orang Melayu dulu banyak yang bodoh, lebih suka bekerjasama dengan penjajah, tetapi menentang bangsa sendiri yang memperjuangkan kemerdekaan. UMNO perjuangkan kemerdekaan? Perjuangkan kemerdekaan atau sekadar barua British? Nasib baiklah saya ni jenis yang suka membaca buku-buku yang berlainan, kalau tidak sampai ke mati saya ditipu oleh UMNO yang jahat ini, yang menggelapkan sejarah. Nauzubillah, jahatnya UMNO ini.... Pejuang yang sebenar pula terpaksa menetap di negara lain, kerana tidak dibenarkan pulang di tanah air sendiri..

6 comments:

Anonymous said...

saya setuju 95% dengan nukilan catatan sejarah ini, sejarah Malaysia telah diputar belit oleh UMNO, catatan begini tidak terdapat dalam negara, tetapi dapat diperolehi di luar negara, catatan sejarah Indonesia, sejarah Koumingtang dan lain lain.......... terlalu banyak Pahlawan Melayu gugur menentang British, dulu mereka digelar penghianat oleh British dan pencacai No.1 nya UMNO/BN, tetapi sebaliknya mereka adalah Pahalawan Melayu, kesian anak cucu mereka menangung malu lantaran sejarah MElayu diputar belit oleh Melayu pencacai English.. celaka!

JAMILKUCING said...

Si celaka rais yatim berkata orang melayu jgn lupa perbuatan komunis di malaya dulu. banyak yang sensara kerana mereka. banyak yang mati kerana mereka. banyak orang kehilangan saudaea mara dan keluarga kerana komunis. media-media memperbesarkan segala berita tentang komunis. hari ini dalam sejarah menceritakan tentang orang mati di bunuh komunis. kita mesti benci komunis ,hina komunis ,kutuk komunis dan jangan bagi muka kepada komunis. mereka ini jahat.tersangat jahat ,lebih jahat daripada yahudi.itulah yang nbak di tunjukan oleh media-media malaysia, pemimpin umno, kepada rakyat yg pada mereka masih bodoh dan mudah di perbodohkan. memang betul banyak melayu bodoh tetapi hanya ahli dan penyokong UMNO sahaja.

Akan tetapi bagaimana pula dengan JEPUN ,adakah mereka dulu tidak kejam, adakah mereka dulu masuk denaga ini dengan memberi salam,adakah mereka merampas negara ini dengan meminta. adakah jepun tidak kejam,adakah jepun begitu baik, mungkin juga jepun dulu tidak menggangu sultan dan raja, pemimpin kerajaan,pemimpin politik ,tetapi hanya menggangu rakyat marhaen.jadi mereka jepun tidak perlu di benci,jepun perlu di sambut,di hormat, di beri kedutaan . di beri tanah untuk membuka kilang. jepun yang dulu banyak memotong kepala orang,banyak membunuh orang melayu di hormat,di tunduk, di sanjung.

Adakah jika komunis ada sebuah negara yg kaya boleh melabur di negara malaysia mereka komunis juga akan di sanjung dan dis ambut.adakah itu budaya pemimpin umno celaka.adakah kerana wang ringgit kamu melayu umno celaka boleh melupakan kesusahan dfan kesengsaraan bangsa melayu dulu.sebab itu aku selalu kata orang melayu memang BODOH dan senang di bodohkan. walaupun aku teramat benci dengan mahathir celaka. tetapi aku setuju kata-kata dia ( melayu mudah lupa ) sampai kiamat lah orang melayu tidak tahu membawa diri sendiri.

Komunis tidak kaya,tiada negara berwang so mereka mesti di benci,di kutuk ,di hina,di halau, di maki,di tentang.tetapi jepun negara kaya ,ada wang , boleh melabur di malaysia so segala kejahatan mereka dulu boleh di ampunkan,di maafkan,segala perbuatan mereka boleh di erase dengan liquid papper. apa perbezaan komunis dan jepun. ??????

http://orang--biasa.blogspot.com. said...

Orang tua-tua dahulu benci PKM bukan disebabkan UMNO, tapi sebab mereka tahu PKM berjuang untuk kaum Cina dan menyatukan Tanah Melayu dengan negara Cina komunis pada masa itu. Memang ada segelintir orang Melayu macam rashid maidin yang jadi talibarut komunis, macam juga sekarang ini ada Melayu yang sudi jadi talibarut Cina. Biasalah tu. tak kiralah perjuangan orang Melayu melalui UMNO atau bukan, yang penting hak Melayu di tanah Melayu telah dilindungi dari dimamah komunis. Bukan orang tidak tahu betapa kejamnya komunis pada orang Melayu.

Aqsebuahlukisan said...

.

Anonymous said...

So..kau sokong leh ideologi komunisme nie? Kau tau ke komunisme tu perjuangkn ape? Org tanah melayu menentang pkm sbb ideologi komunisme. Apa beza pkm dgn mana2 penjajah. 2x5 je kejam nya

Anonymous said...

Pala btuh ko.. Pkm (mpaja) d rekrut british utk menentang jepun ko xkaji plk woii barua..ko tu dh la bodo jd barua plk tu hdup ko .. Ko tau idelogi komunis ni ciptaan siapa woii samdol? Komunis ni salah satu aliran freemason british rusia woii barua .. Bodo jd org lbh baik ko mamPos