Friday, July 31, 2009

Internal Security Act (ISA)



Inilah akta yang zalim, undang-undang rimba yang telah bersarang di dalam negara ini selama 49 tahun. Asalnya digunakan untuk membanteras komunis, akhirnya dimanfaatkan oleh pemerintah untuk mengukuhkan kuasanya. ISA sudah jelas, terang, dan nyata, bukan sahaja bercanggah dengan agama Islam, bahkan ia sendiri bercanggah dengan perlembagaan Malaysia.


Saya meminjam buku Perlembagaan Malaysia daripada pelajar undang-undang, dan menjumpai akta tentang kebebasan diri.


Perkara 5(3) Jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu.


Mangsa ISA langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri dan mengupah peguam, bahkan dia langsung tidak diberitahu kesalahannya. Zalim bukan? Ia melanggar kebebasan asasi warganegara ini. UMNO usahkan kata nak ikut Islam, perlembagaan negara sendiri pun tak ikut. ISA telah menyebabkan terpisahnya dengan keluarga tersayang, sehinggakan ada yang tidak sempat menatap saat-saat akhir ahli keluarga meninggal dunia. Ia memisahkan kasih sayang ibu dengan anak, isteri dengan suami, bahkan anak dengan bapa.


ISA memang sudah sah haram disisi Islam. Faktor utama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyertai politik dan memilih PAS sebagai wadah perjuangan pada tahun 1960-an ialah kerana pada waktu itu UMNO rakus menahan dan menangkap para ulama' dan tuan guru untuk dihumbankan ke dalam ISA. Bahkan anak Tuan Guru sendiri, iaitu Nik Adli pernah ditahan dibawah akta itu selama 6 tahun.


Oleh itu, marilah sama-sama kita menunjukkan bantahan kita kepada ISA dan seterusnya menyatakan kepada Yang Di-Pertuan Agong bahawa rakyat tidak perlukan akta zalim ini. Dan rakyat meminta ia dimansuhkan, bukan dipinda. Perhimpunan aman diadakan esok, jam 2 petang, bermula di 3 lokasi, Masjid Jamek, Masjid Negara, dan Pasar Seni. Kemudian sama-sama berarak menuju ke Istana Negara.


Hak rakyat untuk berhimpun secara aman dijamin didalam perlembagaan di dalam Perkara 10 (1B) : semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;


Dikehendaki semuanya yang menyokong pemansuhan ISA memakai pakaian merah dan hitam. Dan jangan memakai warna putih, kerana ia pakaian puak-puak Pro-ISA yang turut sama berarak esok. Elakkan sebarang provokasi. Jika diprovokasi, jangan membalasnya, dan ikut arahan Field Commander.


Ingat! Putih tak semestinya suci, dan hitam tak semestinya kotor.


Ditujukan khas kepada puak-puak UMNO, Ibrahim Ali katak gemok, PEWARIS, Magaran, dan seumpamanya :


" Jangan sesekali kamu cenderung kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka" - Surah Hud ayat 113.

2 comments:

Proud Sewist said...

aaa sy x tau la nk kata apa
nk bg pendapat pn
sy x dak apa2 pengetahuan ttg ini
apa2 pn sy ucap kan gud luck ja lah ek
ahahhaha :DD

Reformis Jalanan said...

Hehehe...Tq2..


Ambik tau pasal politik, nanti kita tak la senang diperbodohkan.