Saturday, July 25, 2009

Tengku Razaleigh Boleh Sertai Pembangkang


Tengku Razaleigh sudah dilupakan di dalam partinya sendiri. Sejak kemasukan semula S46 yang diketuai oleh beliau pada 1995, beliau seakan-akan diketepikan. Sehinggalah sekarang beliau hanya menjadi ahli parlimen biasa. Beliau juga tiada tempat di Perhubungan UMNO Kelantan, walaupun suatu ketika dahulu pengaruh beliau begitu mendalam terhadap UMNO Kelantan. Sekarang, UMNO yang hanya setia kepada beliau hanyalah UMNO Bahagian Gua Musang, iaitu bahagian yang diketuai oleh beliau sendiri. Dan beliau masih lagi didokong oleh bekas-bekas ahli S46 di Gua Musang.


Sekarang lihatlah, bekas orang bawahan Tengku Razaleigh lebih diberi tempat berbanding beliau sendiri. Tengoklah Rais Yatim dan juga Shabery Cheek. Tengku Razaleigh sepatutnya berhijrah ke tempat yang lebih baik untuk meneruskan perjuangannya, dan menyumbangkan jasanya kepada rakyat. Tidak perlu berharap lagi kepada UMNO untuk menjadi Perdana Menteri. Sudah 2 kali beliau gagal untuk mendapatkan kuota pencalonan yang cukup untuk mencabar jawatan Presiden, disebabkan gejala politik wang yang cukup berleluasa di dalam UMNO.


Tengku Razaleigh bolehlah menyertai pembangkang. Tak kisah sama ada PAS mahupun PKR. Sudah ada pelawaan daripada kedua-dua parti terbabit. InsyaAllah kebolehan yang ada pada beliau tidak akan disia-siakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Manalah tahu jika beliau menyertai pembangkang, mengikuti jejak Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng, ia akan meledakkan lagi arena politik di negara ini. Mungkin juga kekuatan pembangkang di Kelantan semakin kuat, tambahan pula Gua Musang merupakan kubu kuat beliau.


Saya yakin orang bawahan beliau iaitu ahli-ahli di Gua Musang mengikuti jejak Tengku Razaleigh beramai-ramai jika beliau membuat keputusan untuk menguatkan Pakatan Pembangkang. Mungkin fenomena seperti tahun 1990 boleh tercetus sekali lagi, bersama dengan gabungan pimpinan terkenal pembangkang seperti Pak Syeikh, TG Nik Aziz, dan Lim Kit Siang.

3 comments:

Prof. Era Pasca said...

kalau KuLi masuk PKR @ PAS teriaq kuaq ayaq mata darah le gamaknya.... gua musang bloleh masuk kerajaan kelantan... :)

Meooo Comicore Club said...

erm, mungkin tidak...

Reformis Jalanan said...

Tengku Razaleigh dipercayai mempertimbangkannya dgn saksama. Ni ada saya baca di dalam akhbar Siasah terbaru.


Kita tak boleh menolak sebarang kemungkinan. Maklumlah tindakan orang politik ni kadang-kadang di luar dugaan. Tengok saja Chua Jui Meng. desas-desus mengatakan dia akan masuk PKR, mula-mula dia nafikan, sekarang tengok? dah jadi MKT pun.


Sekarang ini penyertaan bekas Naob Presiden MIC pula ke dalam PKR, SS Subramaniam.