Semalam Menteri Pelajaran telahpun memutuskan bahawa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematika (PPSMI) akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012. Bermakna ianya akan terhapus 3 tahun dari sekarang. Saya ucapkan "sedikit" terima kasih kepada pihak yang berkenaan, saya tak tahu tujuan pemansuhannya mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Tapi yang pentingnya ialah, dasar yang gila itu akan dimansuhkan.
Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada golongan yang bertungkus lumus memperjuangkan pemansuhan PPSMI sebelum ini, tak kira daripada orang bawahan hinggalah ke peringkat berjawatan. Perjuangan kita telahpun membuahkan sedikit hasil. Pemerintah telahpun membuka sedikit mata setelah 6 tahun menutup mata tentang kepincangan dan kelemahan PPSMI, dan juga penderitaan yang dialami hampir keseluruhan pelajar, lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan pedalaman.
Cuma saya ingin mempersoalkan sedikit, kenapa terlalu lama masa yang diambilkan untuk menghapuskan dasar yang menyusahkan itu? Kenapa perlu tunggu sehingga tahun 2012? Kenapa perlu menghapuskannya secara berperingkat, tidak dihapuskan terus? Ini bermakna para pelajar masih lagi belum boleh menghembuskan nafas lega kerana mereka terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk mempelajari subjek-subjek tersebut di dalam bahasa ibunda.
Adakah pihak kerajaan baru memansuhkannya pada 2012 semata-mata mahu rakyat melupakan isu ini buat masa sekarang? Kemudian pada 2012 tidak ada apa-apa tindakan yang dilakukan. Saya berharap pihak yang berkenaan jangan cuba bermain-main dengan rakyat.
Isu lain : Bila pula mahu menukarkan bahasa pengantar di Universiti dan Kolej daripada bahasa Inggeris ke bahasa ibunda? Bukan saja kualiti pembelajaran pelajar di sekolah rendah/menengah merosot, bahkan di IPT turut mempunyai kesan yang sama. Ini semua gara-gara Mahathir, kerja yang ditinggalkannya banyak menyusahkan orang lain!
Berita : Di sekolah kebangsaan, PPSMI akan ditukarkan ke bahasa ibunda (Melayu), manakala di sekolah jenis kebangsaan (Cina & Tamil), PPSMI akan ditukarkan ke bahasa masing-masing. Namun terpaksa menunggu hingga ke 2012!
2 comments:
Tuan blog...
Mungkin 2012 adalah mansuh sepenuhnya. 2010 bermula dengan tahun satu dan tingkatan satu belajar Sc/Mate dalam BM. Bukan apa yang Ting.4 2009 biarlah sistem lama untuk dia SPM 2010.
Saya sangat lega dan ucapkan Tahniah kepada TPM dan GMP kerana pemansuhan PPSMI. Bukan apa pelajar yang pandai boleh berjaya belajar Mate/Sc walau dalam Bm atau BI. Masalah yang lemah BI baik didesa/bandar ialah kelas tengah dan ujung-ujung. Pelajar inilah yang majoriti. Pada mereka sudahlah Mate/Sc tu susah, NAK disusahkan lagi dengan bahasa Inggeris. Kalau dalam BM, koman-koman gagal English, masih ada peluang lulus Sc/Mate. Kalau dalam BI....Gagal BI maka hancuss lah Mate/Sc.
Bukan semua depa ni ke universiti...biarlah ada ilmu sc/mate walau mereka sekadar sebagai buruh, kerani, pomen, operator etc.
Apapun English penting...jadi penambahan masa belajar English diharap dapat memperkasa bahasa dunia ini,.
Saya percaya pemansuhan oleh TPM itu telah mengambil kira suara teramai.
hayamcangoi
Itu memang wajib dilakukan oleh puak-puak ini, iaitu memansuhkan PPSMI. Sepatutnya dilakukan dengan lebih awal. Dan tidak perlu berterima kasih kepada mereka kerana mereka telah menyusahkan ramai pelajar sekolah, membuatkan sebahagian besar pelajar tidak minat untuk belajar subjek yang berkenaan kerana susah. Saya juga menuntut supaya pemansuhan juga dibuat diperingkat IPT.
Ini puak-puak UMNO memang menyusahkan. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab membuat benda yang menyusahkan ini diterajang beramai-ramai. Ramai yang menderita disebabkan ini.
Post a Comment