50 tahun dahulu... 1950
Sepasang suami isteri berbangsa Belanda yang beragama Kristian sedang menunggu saat kelahiran anak mereka. Akan tetapi si suami ditahan dan dipenjara atas kesalahan tertentu. Tidak lama kemudian, si isteri melahirkan seorang bayi perempuan. Tetapi si ibu bimbangkan keselamatan anaknya memandangkan sentimen anti-Belanda yang amat mendalam di dalam diri rakyat Indonesia. Lantas si ibu mengambil keputusan untuk menyerahkan bayinya untuk dijaga kepada seorang wanita yang beragama Islam yang bernama Che Aminah. Perbuatan tersebut tidak diketahui oleh bapa kepada bayi tadi.
Che Aminah membesarkan bayi keturunan Belanda dengan penuh kasih sayang. Bayi itu diberi nama Natrah dan diberi didikan cara Islam. Mereka tinggal di Singapura. Tidak lama kemudian, bapa kandung kepada Natrah dibebaskan, dan mencari anak serta isterinya. Tetapi yang ditemuinya hanyalah isterinya, dan isterinya menjelaskan bahawa anak mereka telah diserahkan kepada keluarga Islam untuk dijaga. Si suami tidak dapat menerima kenyataan itu, lantas membuat tuntutan supaya Natrah dikembalikan kepada keluarganya melalui mahkamah.
Mahkamah telah memutuskan Natrah mesti dikembalikan kepada keluarga asalnya, dan status Natrah yang beragama Islam dibatalkan, dan juga status pernikahan (nikah gantung) Natrah dengan seorang guru muda juga dibatalkan, memandangkan Natrah ketika itu masih di bawah umur.
Natrah telah dimurtadkan. Dia mesti kembali kepada agama anutan keluarga asalnya iaitu Kristian. Hal ini telah mendapat bantahan dan tentangan hebat daripada masyarakat Melayu yang tinggal di Singapura dan juga Tanah Melayu. Bantahan serta demonstrasi diadakan berulang kali. Mereka marah kerana kesucian agama Islam telah dicemarkan dengan kemurtadan seorang yang beragama Islam.
Ini diakhiri dengan beberapa orang dihukum gantung, ramai yang ditahan oleh pemerintah yang ketika itu masih lagi dikuasai oleh penjajah laknatullah. Tidak kurang juga dengan yang ditembak. Yang mengharukan, ada dikalangan umat Islam yang berdemonstrasi itu memakai seluar pendek, tetapi marah apabila agama dia dihina.
Cuba kita lihat, Islam pada zaman itu hanyalah sebagai agama ritual, tetapi semangat cintakan agama oleh orang-orang Melayu amat kuat. Kerana 1 saja kes murtad, hampir seluruh umat Islam sama ada di Tanah Melayu dan Singapura mengadakan bantahan dan penentangan.
Lihat pula zaman sekarang... abad ke-20 alaf baru, semua maju.
Kes murtad telahpun mencecah ratusan ribu. Ia melibatkan Melayu yang beragama Islam dan juga mualaf yang kembali kepada agama asalnya. Ribuan permohonan untuk keluar dari agama Islam dibuat. Begitu juga permintaan untuk menukar status agama di dalam kad pengenalan. Gerakan kristianisasi diperhebatkan. Di semenanjung Malaysia sudah banyak gereja yang memurtadkan anak-anak orang Melayu. Bahkan sudah ada paderi yang terdiri dalam kalangan bangsa Melayu. Mubaligh-mubaligh kristian yang terlatih didatangkan daripada Sabah dan Sarawak. Misi utama ialah memurtadkan orang Islam. Bantuan kewangan yang kukuh disalurkan dari Vatican City.
Bukannya orang Islam di negara ini tidak tahu. Mereka tahu. Tetapi hanya mendiamkan diri. Tidak terlintas di dalam hati mereka untuk berjuang dan memerangi habis-habisan akan gejala ini. Kes murtad yang menggemparkan negara, lebih 10 tahun dulu hinggalah sekarang. Bukan tak ada orang Islam di negara ini yang membantah. Tetapi jumlah mereka terlalu kecil. Dan orang ramai hanya tahu membantah buat sementara waktu. Hangat-hangat tahi ayam.
Kenapa dulu dengan sekarang sudah terlalu jauh perbedaan? Dahulu taraf Islam di Tanah Melayu hanyalah sekadar agama ritual, tetapi orang Islam ketika itu amat sensitif. Walaupun hanya berseluar pendek, melakukan dosa, tetapi apabila melihat Islam dihina, melenting. Sekarang di mana rasa sensitif itu, tatkala melihat ribuan anak orang Islam di negara ini murtad, mengikut gaya hidup orang kafir, lemah mental dan fizikal, agama diabaikan. Tiada perasaankah? Sedangkan negara ini telahpun menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
Mungkin kerana zaman semakin maju, agama dibelakangkan. Sekarang ini zaman yang pentingkan kemajuan akademik. Jahil dalam agama tak apalah, asalkan mendapat 8A dalam PMR, asalkan dapat 20A dalam SPM, asalkan pointer di kolej dan universiti melebihi 3.5. Murtad pun tak apakan, asalkan cerdiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!
Islam semakin dihina, semakin dagang, keberkatan sudah mula hilang walaupun negara masih ada ulama yang beretaqwa, banyak kes yang tidak masuk akal muncul. Saya cuma takutkan bala yang bakal menimpa, umat Islam dinegara ini lebih pentingkan benda lain berbanding agama. Buat apa pandai agama kan??? Bukannya boleh kasi makan pun!!! Betul kan? Betul lah tu.
Bila lah munculnya ketibaan sang penyelamat, yang berketurunan dari ahlul bait. Mengembalikan kegemilangan Islam didunia sama seperti zaman Rasulullah SAAW. Ya Mahdi...
0 comments:
Post a Comment