Tuesday, July 7, 2009

Kenangan Penghujung Tahun 2007

Dari kiri : Mustafa Ali, Pak Syeikh, dan Abdul Hadi Awang




Kenangan sewaktu menghadiri ceramah perdana sempena Hari Raya Qurban yang diadakan di Dungun, anjuran PKR. Penceramah utamanya ialah Pak Syeikh, dan penceramah undangan ialah Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Mustafa Ali, ketika itu masih lagi Pesuruhjaya PAS Terengganu. Kali pertama saya melihat Pak Syeikh berceramah di depan mata. Gambar diatas diambil selepas selesai Pak Syeikh memberi syarahan. Tarikhnya ialah 20 Disember 2007, tarikh Hari Raya Qurban. Ketika itu jam sudah melebihi 12 malam, maka tarikhnya ialah 21hb.


Kami berlima menaiki kereta Waja yang meluncur laju ke daerah Dungun. Malam tersebut hujan sedikit lebat. Mendengar ceramah yang disampaikan pun penonton terpaksa menggunakan payung. Walaupun semasa Pak Syeikh berceramah, hujan turut dengan agak lebat, tetapi ia tidak mematahkan semangat hadirin untuk mencari tempat berteduh. Mereka setia mendengar di dalam hujan sambil tumpang berteduh di bawah payung orang lain. Sehinggakan satu payung ada yang dikongsi bertiga.


Antara isu hangat pada waktu itu ialah isu Hindraf, dan Pak Syeikh dituduh sebagai agen Hindu. Selain itu isu yang turut menghangatkan suasana politik tanah air ialah klip video "correct, correct, correct," VK Lingam. Tujuan kami malam itu bertolak dari Kuala Terengganu ke Dungun hanyalah semata-mata mahu mendengar Pak Syeikh berceramah. Ceramah yang disampaikan oleh Mustafa Ali dan Haji Hadi kurang sangat menarik perhatian.


Suasana sedikit meriah sewaktu kedatangan Pak Syeikh yang agak lewat sambil dipayungi oleh pembantunya. Ramai hadirin mula mara ke depan pentas, dan semakin ramai. Mereka tidak mempedulikan cuaca hujan pada waktu itu.


Ceramah habis pukul 12 lebih, dan kali terus balik ke Kuala Terengganu. Sampai di sana lebih kurang pukul 2 pagi, dan kepala saya agak sakit kerana terlalu lama terdedah dengan hujan. Macam itulah suasana sebelum dekat pilihanraya, rakyat bersemangat mendengar ceramah yang disampaikan oleh tokoh pembangkang, ekoran terlalu membenci sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan UMNO/BN.

0 comments: