Friday, July 17, 2009

Istana Pemimpin

Mahligai Kediaman Tempat Pemimpin Kepada Rakyat Beradu


Istana Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terletak di Pulau Melaka. Berdekatan dengan Masjid Pulau Melaka dan Maahad Muhammadi. Beliau lebih selesa di istana sebegini berbanding dengan kediaman rasmi Menteri Besar. Jika datang ke istana beliau dan beliau tiada, maka jenguk-jenguklah di Masjid Pulau Melaka kerana kemungkinan besar beliau berada di sana.




Istana yang didiami oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, istana peninggalan orang tua beliau. Betul-betul bersebelahan dengan Masjid Rusila, Marang, Terengganu. Kali terakhir saya melawat beliau lebih kurang 2 tahun lepas. Biasanya boleh bertemu dengan beliau selepas beliau selesai memberi kuliah Jumaat di Masjid Rusila selepas jam 10.30 pagi. Sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu pada 1999-2004, beliau juga tinggal di sini.



Istana yang didiami oleh Khir Toyol yang bernilai RM 24 juta seperti yang didakwa oleh ADUN Sekinchan. Lokasinya di Shah Alam. Jauh lebih "buruk" berbanding istana mewah yang didiami oleh Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS.



Perbedaan ketara diantara orang yang memegang amanah rakyat dengan orang yang memakan harta rakyat. Mahathir sendiri mendakwa rumahnya hanya RM 1 juta dan rumah yang dimiliki oleh Khir Toyol 3 kali ganda lebih besar dari rumahnya. Mana SPRM??

1 comments:

Anonymous said...

ala ko kalau org bagi umah cmtu kt ko,ko pn nak.....takyah nk poyo la encik SEMPIT woi....