Thursday, July 30, 2009

Bila Syaitan Bisu Berfatwa...

2 ulama' suk yang menjadi aset yang penting kepada UMNO


HARAM ANJUR SERTAI SERTAI DEMONSTRASI JALANAN berita harian

KUALA LUMPUR: Islam mengharamkan umatnya menganjur atau menyertai aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara seperti perhimpunan haram bagi mendesak kerajaan menghapuskan dan mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu ini.

Pelbagai pihak termasuk menteri berkaitan, mufti dan ulama menyifatkan berdosa bagi mereka yang terbabit secara langsung dalam perhimpunan itu kerana jelas bertentangan dengan Islam kerana boleh mencetuskan ketegangan dan huru-hara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim, berkata Islam tidak menggalakkan mana-mana umatnya untuk menyertai dan menganjurkan majlis yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

Sementara itu, Mufti Perak, Harussani Zakaria, berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.


Kalau tentang ini, cepat saja mulut tu nak memberikan komentar, tapi bila disuruh berfatwa mengenai ISA, hukum menahan orang tanpa bicara, hukum melakukan kezaliman, diam membisu seribu bahasa. Si Harussani memang nak kena, oleh kerana dia ini juga berfahaman kemelayuan, maka dia akan membantu UMNO dengan mengeluarkan fatwa yang boleh menguntungkan pemerintah.


Bila Nizar menyalakan lilin, cepat pula mengatakan haram. Jadi kenapa diam apabila Najib memasang pelita penganut hindu? Harussani jugalah yang mengatakan as-Syahid Ustaz Ibrahim Libya tidak mati syahid, dan mengatakan allahyarham adalah seorang penderhaka, sewaktu tahun 1985 dulu.


Bila banyak berlaku krisis moral dikalangan umat Islam di negara ini, sepatah pun tak keluar apa-apa dari mulutnya. Hukum pemimpin yang mengkhianat kepada negara macam mana? Rasuah dan penyelewengan? Adakah Islam membenarkan pemerintah menangkap seseorang yang belum dibuktikan kesalahan, dan tidak membicarakannya?


Bising bila Nga Kor Ming baca al-Quran. Tapi tak prihatin dan cakna kepada puluhan ribu umat Melayu Islam di negara ini yang buta Quran. Biarkan pemimpin UMNO tak ikut ajaran Quran. Dia hanya memberikan fatwa apabila fatwa itu untuk menghentam pembangkang. Masuk UMNO lah senang. Letak jawatan sebagai mufti Perak. Kesian kat orang Perak sebab ada mufti bangang seperti Harussani. Banyak lagi kemungkaran di dalam negara ini, tapi buat-buat buta.

0 comments: