2. Anak-anak orang berada, walaupun poket tebal, tetapi masih terliur untuk mendapatkan subsidi yang disediakan untuk pelajar susah. Sehinggakan yang layak dapat, tidak mendapatnya. Ini kerana orang tua mereka mempunyai “kabel” yang kuat, atau mempunyai orang dalam.
3. Lanjutan daripada (2) di atas, juga berlaku pada orang-orang yang sudah senang, subsidi disediakan oleh kerajaan untuk rakyat susah, dia pun hendak juga. Oleh kerana nakkan duit zakat, sanggup mengaku diri itu orang susah.
4. Budak Melayu muda bila sudah berkumpul sesama sendiri, mula merasakan dunia itu kepunyaan mak bapak mereka, buat sesuatu benda tidak hiraukan keadaan sekeliling, tidak peduli akan fitnah yang bakal timbul. Mereka merasakan merekalah hebat, padahal hanyalah sekadar tin kosong!
5. Lanjutan daripada (4). Walaupun cerdik, tapi tidak seiring dengan akhlak sebagai Muslim dan juga sebagai Melayu kononnya bangsa yang sopan. Pointer 3 ke atas, tapi akhlak teruk mengalahkan anak Cina dan India. Walaupun Cina dan India majoritinya bukan Islam, namun akhlak pemuda-pemudi mereka tidaklah sebebal pemuda/i Melayu Islam. Jikalau akhlak mereka teruk, mereka akan sembunyikan. Jauh berbeda dengan Melayu, akhlak buruk tapi ditunjukkan di hadapan khalayak ramai.
6. Makan pakai masih lagi di bawah tanggungan mak bapak, tapi ada hati untuk tunjukkan seolah-olah dialah yang paling senang, walaupun dengan kereta kualiti tin sardin, tapi masih mahu berlagak.
7. Mungkin juga mereka merasakan mereka sudah dewasa, sudah boleh fikir sendiri, tahu jaga diri, mereka anggap dunia ini aku yang punya. Tak sedar diri orang Melayu nak hidup di Negara ini pun perlukan tongkat, harap politik Malaysia saja yang dipegang oleh pemimpin Melayu haprak, kalau tidak entah ke mana mereka ini.
8. Selain daripada itu, enjoy merupakan perkara yang penting didalam hidup. Enjoy sampai lupa kepada Allah dan Rasul. Enjoy dengan tak memikirkan nasib umat Islam di Negara lain yang ditindas dan dibedil oleh orang kafir. Enjoy sehinggakan tidak menyedari bahawa diri itu sudah tidak ada beda dengan gaya orang kafir.
9. Bila kerja, gaji nak besar, kalau boleh nak yang 4 angka, tapi kerja nak sikit, nak yang ringan-ringan. Lepas itu berangan-angan kosong, kalaulah aku itu, kalaulah aku ini. Tapi pemalas!
10. Cuba fikirkan satu situasi, di mana ditengah-tengah khalayak yang bermajoritikan Melayu, kemudian sedikit bukan Melayu dan pelancong asing. Katakanlah seorang Melayu tiba-tiba pengsan, agak-agaknya Melayu yang ramai itu tolong atau sekadar tolong tengok? Yang menolong siapa? Pelancong asing atau atau orang bukan Melayu yang bukan Islam! Yang Melayu hanya tahu tengok. Tak ambil tahu hal orang lain. Bodoh!
11. Perbandingan pelajar Melayu yang belajar di tempat yang Islamik (kolej atau Universiti Islam) dengan pelajar Melayu yang belajar di tempat yang sedikit sosial dan agak liberal. Kadang-kadang semangat ukhuwwah (persaudaraan) yang dimiliki oleh pelajar yang liberal jauh lebih baik daripada pelajar yang mempunyai pengetahuan agama.
12. Lanjutan (11) di atas. Jika seorang pelajar tidak hadir beberapa hari di dalam kelas, di tempat belajar yang Islamik, rakan-rakan sekelas yang lain langsung tidak ambil tahu tentang rakan mereka yang tidak hadhir. Berbeda dengan pelajar yang agak liberal, jika salah seorang rakan di kelas mereka “hilang”, pasti mereka semua akan berasa resah, dan mengambil tahu, serta berusaha mencari rakan mereka itu. ( Berdasarkan pengalaman saya).
13. Pelajar bertudung jauh lebih teruk berbanding yang free hair. Perhatikan di mana-mana, sama ada di dalam kawasan belajar ataupun di Bandar, atau di luar. Yang mana lebih teruk perangainya, yang bertudung atau tidak? Kadang-kadang yang tidak bertudung tahu menjaga adat dan tata susila sebagai Melayu dan Muslim.
14. Cukup teruk apabila gadis Melayu (yang bertudung atau tidak) tahu mengeluarkan berbagai perkataan kesat yang biasa dikeluarkan oleh lelaki. Jika lelaki, tidak hairanlah. Tapi apabila perempuan, cukup menjijikkan.
15. Jika ada tugasan atau assignment yang diberi, mereka langsung tidak mahu menggunakan atau mengeluarkan sebarang idea daripada otak mereka, dan mereka hanya mencetak rompak karya-karya di dalam buku-buku mahupun internet. (Pelajar Melayu).
16. Benci melihat sesetengah golongan pelajar yang kelihatan warak dan selalu ke masjid, tapi di belakang tabir, perangai sama teruk macam golongan-golongan di atas.
17. Melayu yang menyokong kezaliman apabila buat demonstrasi mempertahankan institusi yang terlibat di dalam menganiayai orang yang disiasat, sehinggakan ada yang terbunuh.
18. Sanggup membiarkan pemimpin Melayu yang mengaku Islam menghapuskan hak-hak orang Melayu dan menyusahkan rakyat, biasiswa, pemusnahan bahasa ibunda di IPT dan sekolah, penarikan subsidi, kenaikan harga barang yang melampau. Bahkan sanggup mempertahankannya.
19. Jika ada anak Cina atau India yang mati akibat dizalimi, berbondong-bondong pemimpin Melayu bercakap itu dan ini, mengutuk kezaliman, mengadakan perhimpunan, memberi penghormatan yang besar kepada mendiang, bahkan sampai peringkat menundukkan kepala, dan memegang lilin. Tapi apabila ada anak orang Melayu yang mati,adakah mereka akan berbuat perkara yang serupa?
20. Pemimpin Melayu sanggup menghukum rakyat yang berbangsa Melayu yang memilih kerajaan negeri dari kalangan pembangkang dengan menyekat berbagai peruntukan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Melayu di negeri itu.
21. Pemimpin Melayu yang SUWEY apabila menyebabkan harga barang dan taraf hidup meningkat mendadak, sedangkan rakyat ramai yang susah dan tidak mampu, tapi pemimpin ini kuat tidur. Minyak dinaikkan berkali-kali sehinggakan rakyat naik gila. Sewaktu menjadi Menteri Dalam Negeri dahulu, entah berapa ramai yang masuk ISA, kini bila sudah tak ada jawatan, barulah minta kerajaan mansuhkan ISA (SUWEY dan SIAL punya Abdullah Badawi – Bullshit Malay Leader)
22. PM sekarang ini paling suwey, kerana dia beberapa orang “hilang”, Perak dirampas secara zalim sewaktu menjadi Ketua Perhubungan Perak, kemudian masalah pula di Selangor apabila usaha dan cubaan dibuat untuk menjatuhkan kerajaan Selangor, di mana ketika ini dia ialah Ketua Perhubungan Selangor pula. PM sekarang ini jugalah dalang dan malaun yang menyebabkan pelajar IPT terpaksa dibebankan dengan pinjaman, biasiswa ditarik, dan bahasa pengantar ditukarkan dari Melayu ke Inggeris.
23. Tapi apa yang menyebabkan pemimpin sebegini berkuasa, bahkan ada yang lama sehingga 22 tahun - ini kerana mereka mendapat sokongan daripada Melayu yang BULLSHIT.
24. Ditambah pula dengan ulama’ mengampu di dalam kerajaan, para mufti, dan ulama’ yang berdiam diri tatkala melihat kemungkaran – semuanya Melayu Islam. Ulama’ ampu dan mufti hanya mengeluarkan kenyataan yang menguntungkan pemerintah, walaupun pemerintah berada di pihak yang salah.
MELAYU YANG LAYU
2 comments:
cara penulisan yang baik,berterus terang, str8 to the point, teruskan, walau apa pastikan setiap penulisan kena pada tempat. bukan sembrono.
tk
keh3 baru skrg nak komen. apa2 pun thx bro.
Post a Comment