Monday, March 2, 2009

Penggunaan Kalimah "ALLAH"












Aku cukup terkejut jugak bila dapat tau yang pihak KDN dah luluskan penggunaan perkataan Allah, solat, kaabah, baitullah dsb dalam penerbitan berkaitan agama Kristian. Masa tu memang aku cukup geram, sedih, dan kecewa. Sudah tercemar kalimah suci tersebut kat penganut Kristian. Sebab orang Kristian gunakan kalimah "Allah" yang bermaksud triniti, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Suci. Sedangkan bagi kita umat Islam, Allah merujuk kepada tuhan yang satu.





Begitulah sikap orang-orang Yahudi dan Kristian. Mereka tidak akan redha kepada kita (umat Islam) sehinggakan kita mengikuti mereka. (Rujuk al-Baqarah 120).





Aku tertanya-tanya, mana perginya yang mendabik dada, kononnya dialah pembela agama? Mana dia mufti-mufti??





Orang bukan Islam dah sewenang-wenangnya pijak kepala kita. Tapi selepas tu, berita terbaru yang aku dapat tau tadi, warta KDN yang membenarkan penggunaan perkataan Allah akan dibatalkan melalui warta yang baru. (Alhamdulillah).





Aku percaya mesti KDN terima tekanan yang hebat dari berbagai pihak yang masih ada sekelumit iman dan taqwa kepada Allah s.w.t dan agamaNya.







Lagi satu cerita, sebenarnya dalam PKR pun ada pemimpinnya yang nak sangat penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Kristian. Dia ialah ahli MPT Keadilan. Nama dia Irene Fernandez. Sebab aku ada tengok video ucapannya masa kat Restoran Cina Klang sempena sambutan Krismas 2007. Ini adalah satu sebab aku kurang berkenan dengan Parti Keadilan Rakyat ni. Sebab ada pemimpin macam ni. Aku bimbang jika diorang dibiarkan terlalu berkuasa.... Nauzubillah....




Walaupun aku boleh dikatakan hormat dan minat juga kepada Anwar, tetapi tidak kepada PKR. Anwar dan PKR ialah 2 perkara yang berbeda....





Dan salah satu perkara inilah yang aku persoalkan mengenai PKR..... "Adakah parti ini komited dengan Islam?"





Firman Allah s.w.t : Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam (al-Imran : 19)





Hadis Nabi s.a.w : Islam itu tinggi, tiada yang tinggi melebihinya (al Islamu ya'lu, wa laa yu' la 'alaih)







Apa kata korang.............................

2 comments:

pisau said...

jawapan aku..sila sila melawat di blog

http://pi5au.blogspot.com/

Anonymous said...

salam...
aku agak kagum aar dngn ko sbb ko ni berani...
pape pun aku sngat2 ar setuju dngn semue pndangn ko....
so teruskn usaha murni ko...