Gambar di bawah ni adalah antara yang aku sempat ambik (bukan semua, sebab banyak sangat) semalam di Masjid Negara. Aku izinkan sesiapa yang nak gunakan gambar-gambar ni untuk tujuan kebaikan.
Keadaan di Masjid Negara masa aku mula-mula sampai dekat pukul 1.
Dato' Dr. Hassan Ahmad menyampaikan ucapan beliau.
Polis turut join sekaki dengar ucapan.
Giliran sasterawan negara, Pak Samad memberi ucapan.
Ucapan yang diberikan oleh wakil-wakil NGO dari tingkat atas masjid.
Perarakan bermula pada jam 2 petang, selepas solat Zohor, menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum. Kelihatan orang tua dan budak-budak turut serta.
Sdri Norazimah (Kak Nora, author nnora75reform) turut serta dalam perarakan. Lensa kamera terkena hujan.
Antara pimpinan PAS yang kelihatan, Sdr Salahuddin Ayub, Dr. Syed Azman, dan Ust. Azman Shapawi.
Badrul Hisham memberi kata semangat kepada para peserta perarakan.
Unit Amal memainkan peranan mereka, melindungi peserta perarakan.
Hadiah yang diberi oleh pihak yang zalim kepada pencinta dan pejuang Bahasa.
Peserta perarakan berkumpul semula lepas berterabur dan berpatah balik ke Masjid Negara.
Anjing-anjing berkepala merah menunggu di luar masjid.
Presiden PAS memberi ucapan, antara pemimpin yang ada ialah Ir. Khalid Samad, MP Shah Alam dan Mahfuz Omar.
Keranda 152 buatan pihak PKPIM.
Trak-trak yang berisi anak-anak anjing, anjing jantan dan anjing betina. Bersedia untuk membuat ganas.
Mahfuz Omar memberi sepatah dua kata. Selepas daripada ini, perhimpunan bersurai.
Mengaminkan doa.
Perhimpunan bersurai.
0 comments:
Post a Comment