Wednesday, March 18, 2009

KATAK OH KATAK

Aku terbaca dalam Harakah bil. 1423 tak silap aku, edisi Isnin. Dalam bahagian Fikrah, m/s F21. Menunjukkan kekecewaan pengundi-pengundi Parlimen Pasir Mas kat wakil rakyat diorang. Pengundi kat situ amat kecewa, dengan tindakan Katak Man, Ibrahim Ali dalam parlimen. Menurut diorang, kalau bukan kerana lambang bulan pada PRU-12 lepas, toksah harap la diorang nak pangkah Ibrahim Ali. Tapi itulah balasannya, tak patut percaya kat katak ni. Dasar tak kenang budi. Bunga yang diberi, tapi tahi yang dibalas. Banyak ucapan katak ni dalam parlimen dilihat tidak menyokong PR. Inilah bagi aku, kesalahan patut juga diletakkan kat Nik Aziz. Terlalu baik, sampai lupa yang katak ni dasar pengkhianat, lompat dari S46 ke UMNO, dan seterusnya berusaha nak lemahkan S46 di Kelantan. Begitu jugak katak ni pernah menyumpah beliau di siri-siri ceramah dulu.


Dia ni kalau harapkan lambang Bebas, dah lama kalah dalam Pilihan Raya. Tahun 2004, kalah. Pastu PRK Pengkalan Pasir, akhir 2005, kalah jugak. Harapkan ehsan tok guru saja pada 2008, guna lambang bulan, menang. Tapi dasar tak kenang budi. Letak Jawatanla ko.

0 comments: