Aku hanya terjumpa buku ini secara tak sengaja masa aku jalan-jalan di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Selepas membelek-belek sekejap, aku ambik keputusan untuk beli buku ini, walaupun ianya tentang UMNO. Selepas baca buku ni, aku berpendapat, kalau UMNO nak buat restoration, diorang patut ambik iktibar daripada buku ini yang dikarang oleh seorang pemerhati politik yang berfikiran kritikal, tidak memihak pada mana-mana parti.
Buku tersebut bertajuk "Amaran Terakhir Bagi UMNO" karangan Yahaya Ismail. Harganya RM 20 saja. Aku takde gambar buku tu, so aku takleh la tunjuk muka depan buku tu. Tapi yang jelas, cover buku tu bergambar Najib.
Sepatutnya UMNO mengkaji balik apa yang diorang perjuangkan. Sebab apa yang diorang lakukan sekarang, jauh menyimpang dari matlamat asal diorang untuk memperkasakan serta membela bangsa, agama, dan negara. Banyak hak-hak Melayu tergadai gara-gara UMNO. Tanah-tanah Melayu semua digadai pada orang-orang asing, tokey-tokey besar yang berkepentingan. Tulisan Jawi dan bahasa kebangsaan entah ke mana. Anak-anak Melayu sudah dinafikan hak diorang untuk memperoleh biasiswa. Peratus orang Islam di negara ini lebih kurang hanya 55%, berbanding 70% lebih sewaktu zaman selepas merdeka dulu. Singapura dan Pulau Pinang dah jadi hak kaum lain. Apa orang-orang dan pemimpin-pemimpin UMNO buat??
Kalau pihak pembangkang membuat jaminan dan memperjuangkan hak kesamarataan rakyat, walaupun kita tau, tak ada satu pun negara yang hak rakyatnya sama-rata. Mesti ada diskriminasi sikit. Hak istimewa orang Melayu membuktikan, tidak ada kesamarataan seperti yang diperjuangkan oleh pembangkang. Jadi orang UMNO tak perlu mengamuk dan melenting jika orang bukan Melayu dan bukan Islam sudah berani meminta itu dan ini. Ini semua kesilapan dan kelemahan UMNO.
Pimpinan UMNO dan ahlinya tolong jangan menyumpah Pakatan Rakyat, jangan mencela Anwar Ibrahim, kerana perjuangan Ketuanan Rakyatnya. Orang politik sanggup buat apa saja untuk peroleh sokongan. Tapi, orang-orang UMNO patut menyumpah seranah orang yang bertanggungjawab memberi kerakyatan jus soli kepada bangsa-bangsa selain Melayu di negara ini. Ianya kehendak Dato' Onn, lepas tu Tunku Abdul Rahman. Kalau orang UMNO nak maki, makilah mereka. Kenapa mereka dengan mudah memberi taraf kewarganegaraan, sekaligus mengikut telunjuk British? Demi survival kaum Melayu, UMNO patut berubah. Seperti yang aku taip sebelum ini, buang sifat tamakkan harta dan pangkat, walaupun UMNO dan rasuah ini sudah jadi seakan-akan darah daging. Tetapi usahalah. Tendang pemimpin-pemimpin yang tak guna. Ubah dasar parti. Kembalikan hak-hak orang Melayu. Perkasakan semula tulisan jawi. Martabatkan semula bahasa kebangsaan.
Pada perhimpunan UMNO yang akan datang, esok, ubahlah, dan insaflah, kalau betul korang komited untuk perjuangkan Melayu. Aku bagi contoh lain, kebobrokan UMNO mengenai bahasa melayu sendiri. Dulu MCA menyalak mahukan Universiti Merdeka ditubuhkan, untuk berbagai kaum, dan bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris! Tapi UMNO bertegas dan tidak mahu. Tindakan ini mendapat pujian daripada orang Melayu kerana UMNO bertegas mahukan bahasa Kebangsaan digunakan. Tapi kita tengok sekarang, IPTA sekarang dah tukar, bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Apa ni UMNO?! IPTS, yang sekarang ini tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan, mahukan duit semata-mata, pun gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar!! Di sekolah, anak-anak Melayu dibelenggu oleh PPSMI, yang diibaratkan duri dalam daging! Ini sama sekali bertentangan dengan Penyata Razak 1956 (Najib patut baca, penyata yang dibuat oleh bapaknya!), dan penyata Rahman Talib 1970. UMNO patut sedar dan insaf. Buatlah reformasi, kalau nak kembalikan kepercayaan orang Melayu. Punca orang bukan melayu semakin biadap adalah disebabkan UMNO sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah. Selebihnya bacalah buku tu.
0 comments:
Post a Comment