Wednesday, March 4, 2009

HARI ULANGTAHUN







2 hari lepas (2 mac) genapla umurku 20 tahun. Aku tak celebrate pun. cuma tunggu sorang dua wish je. malam tu aku belanja geng-geng satu dorm aku dinner. Macam tak caya la diorang sebab selama ni aku tak pernah belanja pun. Mungkin gak diorang terkejut "munkee" tengok aku tetiba tawarkan diri unutk belanja diorang makan malam.






Malam tu duit aku habis tak banyak. Lebih kurang RM 21 je. Aku kuar ngan sorang kawan aku, dia bawak keta, kat restoran kat luar Kolej kitorang. Masa menunggu pesanan makanan untuk dibungkus, kitorang sempat makan sepinggan. Kawan aku pesan kuetiaw, aku plak makan nasi ngan telur bistik.






Untuk dibungkus aku pesan 3 nasi goreng kampung, 1 mi hailam. Cukup untuk kami 4 orang. Sebab malam tu aku hanya belanja sesiapa yang ada dalam dorm. Kalau takde, melepasla nak merasa apa yang aku belanja.








Tapi, untuk wish birthday aku, jumlah yang wish memang agak mengecewakan. (tak nak bagitau berapa orang). Orang lain yang kenal aku langsung tak wish. Aduh malam tu bengang la jugak aku. Nasib baik aku digembirakan oleh CELCOM sebab bagi aku call & sms free ke nombor 8pax selama 7 hari.. huhuhu..tapi aku masih tak puas ati....










Akar nibung meresap,


akar mati dalam perahu,


terbakar kampung nampak asap,


terbakar hati siapa yang tahu.

3 comments:

Afandi said...

Happy b-day semoga panjang Umur dan murah rezeki...

onn said...

Selamat menyambut umur yg ke 20 dan meninggalkan umur 19 tahun.

Semoga Allah berikan sdr ilmu dan hikmah dalam menilai buruk serta baik yg ada dalam dunia ini.

Dan semoga dimurahkan rezeki. Amin.

Reformis Jalanan said...

Terima Kasih Kepada Semua


Saya amat hargai ucapan saudara2 sekalian.


Teruskan perjuanangan. Yang benar tetap benar. Lawan tetap lawan. Berpatah arang berkerat rotan. Membujur lalu melintang patah.


Hehehe..salam reformasi