
KEPUTUSAN SUDAH DIUMUMKAN
Akhirnya, proksi kepada Dolah Badawi, merangkap menantu kesayangannya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Dia mengalahkan anak Mahathir tua haprak, Mukhriz dan Khir Toyol. KJ dapat 304 undi, mengalahkan Khir Toyol tempe,254 undi dan Mukhriz, anak mak, 232 undi. Dah namanya pun parti rasuah, so mestilah para perwakilan UMNO memilih calon yang rasuah... Salah sorang orang Dolah dah berjaya dapat jawatan dalam pemilihan UMNO. Khabarnya, masa KJ diumumkan menang, kelibat si Toyol langsung takde. Dah lari la tu. Kecewa, dan pedih hatinya kot. Pada mulanya, Khir Toyol tu dapat undi yang selesa. Tapi ntah macam mana, pengundi Khir Toyol beralih kepada Mukhriz pada saat-saat akhir. Pengumuman kemenangan KJ diumumkan oleh pengerusi tetap, Abdul Fatah Iskandar.
Bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pula, Shahrizat Jalil berjaya mengalahkan bekas ketua dia, Rafidah Aziz. Shahrizat dapat 507 undi, Rafidah hanya dapat 280 undi. Berakhirlah Wanita UMNO dibawah nenek Kuala Kangsar yang menjadi ketua tersangat lama. Balik berehat je la

Berseri-seri saja muka Shahrizat bila dah menang....
Bagi jawatan Ketua Puteri UMNO pula, Rosnah Abdul Rashid Shirin dipilih untuk menggantikan bekas ketua beliau, Datuk Noraini Ahmad.
Jawatan Naib Presiden UMNO lak dimenangi oleh 3 menteri, iaitu Menteri Pelajaran Hishamuddin Keris (penakut cicak, cerita Jamil Kucing), dapat paling sikit, 1515 undi. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Shafie Apdal dapat 1445 undi. Mungkin ini boleh lagi mengeratkan hubungan diantara UMNO Sabah dan UMNO Semenanjung. Lagi sekor ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, yang jaga hal ehwal agama (malas nak sebut nama, benci!), dia ni dapat undi tertinggi, iaitu 1592.

Jawatan ni dapat jugak kat Muhyiddin Yasin, sesuai la dia ni bergandingan dengan Najib Altantuya. Dia ni dah semacam gilakan kuasa, mendesak Dolah Badawi percepatkan peralihan kuasa, sebab dia pun nak merasa kerusi empuk TPM! Lepas ni dapat tengok si Muhyiddin ni mengipas-ngipas ponggong Najib, sampai hangus. Muhyiddin dapat 1575 undi, menewaskan Mat Taib yang hanya dapat 916 undi.
Jawatan Majlis Tertinggi UMNO, 2 menteri ( Azalina Othman dan Shahrir Samad), 3 timbalan menteri (Noraini Ahmad, Johari Baharum, dan Hasan Malek), 4 menteri besar ( Adnan Yaakob, Mat Hassan, Abdul Ghani Othman, Mat Isa Sabu) gagal untuk jadi ahli majlis tersebut.

Tahniah pada mereka yang dapat jawatan baru.
0 comments:
Post a Comment