Tuesday, March 24, 2009

ALHAMDULILLAH...

CALON PR P.59 SUDAH DIUMUMKAN



Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya PAS telah memilih calon Parlimen P059 Bukit Gantang, yang dipersetujui oleh orang ramai, merangkap Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat Perak, iaitu Haji Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, untuk berdepan dengan calon daripada UMNO/BN, Ismail Saffian.


Memang dari awal-awal lagi aku amat bersetuju serta menaruh harapan agar Ir. Nizar menjadi calon. Akhirnya ia menjadi kenyataan. Marilah kita sama-sama bagi sokongan kepada calon pilihan PAS serta PR di Bukit Gantang, tidak ketinggalan di Bukit Selambau dan Batang Ai. Hari penamaan calon ialah pada 29hb Mac, Ahad depan, dan tarikh pembuangan undi pada 7hb April, pada hari Selasa. Serentak di ketiga-tiga lokasi pilihanraya kecil. Inilah masanya rakyat menunjukkan bantahan kepada kepimpinan Najib Mongolia, dengan memenangkan calon-calon PR di ketiga-tiga kawasan terbabit, serta menunjukkan signal kepada Tuanku Sultan Perak bahawa DUN Perak perlu dibubarkan.


Gambar pengumuman calon PR Bukit Gantang, diumumkan oleh Presiden PAS, malam semalam. Ir. Nizar merupakan calon yang disebut-sebut untuk menggantikan Allahyarham Roslan Shaharum di Bukit Gantang, untuk berdepan dengan Ismail Saffian dari BN, yang merupakan bekas ketua penerangan UMNO di bahagian tersebut. PAS yakin dapat mempertahankan kerusi Bukit Gantang ekoran krisis politik di Perak.




Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihanraya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi PKR.



Dalam PRU lepas, Allahyarham Roslan dari PAS mengalahkan calon BN, Azim Zabidi dan calon Bebas, M. Morgan dengan majoriti 1,566. Kali ini, pastikan PAS menang dengan majoriti yang lebih tinggi, InsyaAllah...


Tidak ketinggalan calon PR di DUN N.25 Bukit Selambau, S. Manikumar dari PKR, sokongan padu mesti diberikan untuk memperkukuh kerajaan PR Kedah pimpinan Ustaz Azizan Razak.


Di DUN Batang Ai, Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bekas ahli parlimen Lubok Antu, yang berkhidmat selama 5 penggal, Jawah Gerang sebagai calon di DUN tersebut. Pengumuman calon dibuat di Hotel Grand Continental, Kuching turut dihadiri oleh beberapa pimpinan PKR dan DAP Sarawak.

0 comments: