Saturday, April 17, 2010

Zaid Ibrahim



Zaid Ibrahim berasal daripada keluarga yang berlatarbelakangkan PAS. Asal dari keluarga yang susah. Saya khatam membaca bukunya (Saya Juga Melayu) pada tahun lepas. Dalam buku tersebut beliau menceritakan sewaktu kecil bapanya selalu membawa beliau mendengar ceramah-ceramah PAS di sekitar Kota Bharu.


Beliau boleh dijadikan kebanggaan dan contoh kepada bangsa Melayu tentang usahanya yang bersungguh-sungguh yang menjadikan beliau seorang yang berjaya. Peguam yang hebat berasal daripada keluarga yang susah.


Beliau menjadi ahli UMNO pada penghujung 80-an dan menceburkan diri di dalam politik pada awal 90-an. Ketika inilah kontorversi melanda dirinya dengan tindakannya memfailkan saman terhadap enakmen hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS.


Zaid Ibrahim boleh dikategorikan sebagai seorang yang hebat. Dengan usahanya, beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu pada pilihanraya 2004 walaupun kesemua DUN di bawah parlimennya adalah milik PAS. Pengundi Kota Bharu mengundi beliau kerana kewibawaan beliau.


Ini sama hebatnya dan ada persamaannya dengan kewibawaan Allahyarham Razali Ismail (bekas MP Kuala Terengganu) dan Allahyarham Dr. Zainal Abidin Ahmad (bekas MP Hulu Selangor). Pengundi di kedua-dua kawasan parlimen ini mengundi kedua-dua tokoh ini berdasarkan kewibawaan mereka.


Lihat Parlimen Kuala Terengganu dan Hulu Selangor. Di Kuala Terengganu, 3 daripada 4 DUN dikuasai oleh PAS dan selebihnya MCA, tapi ahli parlimennya daripada BN. Hulu Selangor pula, ketiga-tiga DUN dikuasai oleh BN, tapi ahli parlimennya daripada PKR. Sama dengan keadaan Zaid Ibrahim di Parlimen Kota Bharu (2004), bukan?


Di bawah ini saya turunkan tulisan Zukri Arsah yang saya petik sedikit dari Merdeka Review :


Dalam PKR juga, Zaid tidak sunyi dari dilanda kontroversi. Beliau pernah dihadap ke Lembaga Disiplin parti kerana kritikan terbukanya terhadap PKR yang dikatakan tidak tegas dalam membuat keputusan terhadap Zulkifli Noordin.

Manusia kontroversi inilah yang menjadi pilihan PKR untuk dipertaruhkan di Hulu Selangor, mengapa? Saya menyusuri secara rambang peristiwa-peristiwa di sekitar kontroversi yang menyelubungi diri Zaid Ibrahim ini. Ringkasnya ia terjadi kerana Zaid cukup terbuka dalam memperkata atau mengkritik sesuatu perkara, sehingga mungkin ramai yang tidak boleh menerima kepedasannya, Zaid juga saya lihat tidak mudah tunduk kepada kebiasaan yang pada pemikirannya salah. Semua kritikan tindakan kontroversinya ini pula hanya memusat kepada satu perkara, pendirian hidupnya!

Apakah ini lambang "taubat" PKR yang ingin dipotretkan kepada rakyat, setelah diuji teruk dengan isu kebolehpercayaan, pengkhianatan dan pembelotan? Zaid Ibrahim bukan kawan Anwar 30 tahun, Zaid Ibrahim bukan mentee politik Anwar, Zaid Ibrahim memang manusia kontroversi, tetapi kontroversinya kerana prinsip, kontroversinya kerana pendirian, yang tidak pernah dijual-belinya dengan harta mahupun kuasa. Senang cakap, Zaid Ibrahim ini boleh percaya! Sekurang-kurangnya beliau telah terbukti lebih berprinsip berbanding Zulkifli Noordin yang ada latar belakang PAS atau Mohsin yang tidak pernah lekang kopiah.

Saya pun pernah berjumpa dengan Zaid Ibrahim pada satu ketika, beliau nyata seorang yang humble.



Kesimpulannya, Zaid Ibrahim memang wajar disokong di Hulu Selangor.

0 comments: