Monday, April 5, 2010

Tak Habis-Habis Nak Menyusahkan Rakyat

K'tangan k'jaan perlu sokong GST jika mahu gaji lebih baik


Najib, yang juga menteri kewangan, turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.

"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya. - Malaysiakini


Gaji penjawat awam akan naik jika GST dilaksanakan. Bagaimana pula dengan nasib peniaga-peniaga kecil? Yang bekerja sendiri? Nasib rakyat-rakyat miskin? Pagi-pagi pergi warung nak beli sarapan gagau dulu duit dalam poket. Cukup atau tidak.


Percayalah, selagi mana UMNO/BN masih hidup dan berkuasa, selagi itulah mereka sentiasa berfikir dan berusaha macam mana nak ambil duit rakyat untuk dimasukkan ke dalam poket mereka. Seolah-olah negara ini miskin. Mana perginya keuntungan berbillion-billion daripada sumber galian negara, industri-industri, dan segala macam jenis cukai?


Tak habis-habis nak menyusahkan rakyat. Kalaulah otak Melayu ini jenis cerdik dan boleh berfikir tak apa jugak. Tapi oleh kerana spesis genetik yang bodoh, sangat mudah UMNO mengambil kesempatan dan menipu hidup-hidup. Yang harunya, masih ada lagi pemimpin parti pembangkang yang lunak dengan mereka dan memikirkan tentang penyatuan dengan mereka!

1 comments:

din said...

hehehe kesian.. najib cakap macam orang bodo!!.. bidi piang!

muda muda dah nyanyuk!..