Thursday, April 29, 2010

Pemergian Yang Mengejutkan Dan Menyedihkan



Terkilan hati saya dan berasa kesal kerana tidak mengambil cakna tentang pemergian Tuan Guru Haji Abdul Rahman Fatani yang meninggal pada 2 tahun lepas. Dan saya baru mengetahuinya pada hari ini melalui salah seorang pelajar Pondok Darussalam, Kuala Ibai. Tadi saya bercadang untuk pergi ke sana dengan harapan dapat bertemu dengan Tuan Guru (almarhum). Kali terakhir saya bertemu almarhum ialah pada 3 tahun lepas.


Almarhum pernah berjasa pada saya. Saya terhutang budi padanya dan saya kesal kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada beliau. Dengan ini, hanya surah al-Fatihah saja yang mampu saya beri melambangkan ucapan terima kasih. Matinya seorang alim ulama', memang teramat sukar untuk mencari pengganti.


*** Tuan Guru Haji Abdul Rahman Fatani (gambar) juga merupakan guru agama kepada Raja Petra Kamaruddin (RPK) sewaktu RPK menetap di Kuala Ibai Terengganu pada 1974-1994. Adakah beliau (RPK) sudah lama mengetahui bahawa gurunya telah meninggal?

0 comments: